Wednesday, June 30, 2010

~ Ya Allah Selamatkan Nenekku ~

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah imtihan sudah selesai namun hati ini di gamit keresahan. Sudahlah Ayah Pa meninggal dunia, dapat pula berita nenek nazak kerana mendapat pendarahan otak. Ya Allah, masa exam tadi, hilang apa di fikiran, mujur dengan sedikit kekutan yang Allah berikan, saya cuba sedaya upaya melaksanakan dengan sebaik mungkin.

Selesai sahaja exam, saya terus ke cc untuk menelefon Abi Ummi.Terdengar esakan & bacaan Yasin. Abi Ummi cakap, doktor kata dah tiada harapan.Ya Allah..aku mohon selamatkan nenekku.Berilah peluang untuk aku & abg man dapat bertemu dengannya.Amin

Patutlah sebulan ini hati saya tidak tenang, sering bermimpi pelik-pelik. Saya bukan seorang yang mudah bermimpi. Kalau dalam setahun mungkin 2x sahaja kot.Namun tahun ini, sudah lebih 10x. Puas saya cuba mentakwil mimpi namun hampa.

Semalam, pas hantar Mok g mathor, saya tidak dapat melelapkan mata. Mana tidaknya, Ayah Pa sudah menghadap Ilahi, jam 4 am mendapat berita nenek sudah koma pula.Namun saya gagahkan diri untuk menghadapi paper last ini.

Saya rasa nak terjun aje ni. Kalau boleh terjun ke Sarawak terus alangkah baiknya.Saya cuma berharap nenek sihat kembali & sedar semula & harap sempat jumpa nenek. Nenek, tunggulah Nur & Abg Man. Tinggal beberapa hari lagi, Nenek tolong kuat demi cucu-cucu nenek. Nak jumpa nenek.

Ya Allah, kau yang memegang nyawa hambaMu,aku mohon Ya Allah,berilah kami cucu-cucunya sempat melihat nenek, sempat mengucup tangan nenek.

Hati ini sedih,pilu..ternyata jika kawan-kawan saya yang lain gembira kerana merdeka imtihan sudah habis, namun saya sebaliknya. Bertambah kesedihan menjadi 4. :-(


No comments:

Post a Comment