Bismillahirrahmanirrahim..
Saya baru sahaja kembali dari airport selepas menghantar Mok yang akan kembali ke Malaysia.Esok juga, saya akan menduduki imtihan yang terakhir untuk semester 2 ini iaitu madah Qosasul Qur`an. Namun mata ini penat & mengantuk sekali.
Mana tidaknya, petang tadi baru saja kembali dari `Asyir setelah habis program serta melayan adik-adik tibb yang tiba dari Tanta. Mereka pun balik Malaysia jugak. Alhamdulillah. Malam ni juga, saya g mathor Cairo . 3-4 hari ni duk ulang alik airport aje..
Namun,dalam masa saya g mathor, walaupun di wajah saya kelihatan gembira, namun saya sedih. Dan dalam situasi yang sepatutnya saya gembira kerana bakal merdeka keesokan hari sebab dah last paper,rupanya..saya mendapat 3 berita sedih hari ini.Dalam baru sahaja hampir 1 jam yang lalu.
Salah satunya, kerana Mok balik Malaysia. Sunyilah saya lagi. Dahlah d AK ( Asrama Kenyalang ) sekarang d RKB pula. :-( Alhamdulillah walaupun pertemuan yang singkat, saya gembira mengenalinya. Namun, dalam masa sama saya kecewa & cukup terkilan.Usahlah saya katakan di sini, biar saya simpan di hati :-(
Untuk berita yang ke-2, saya baru mendapat mesej daripada Abi yang mengatakan Ayah Pa ( Wan Mustafa ) meninggal dunia :-(..Ayah Pa merupakan ayah angkat saya di Taman Lati ,Pasir Mas. Alhamdulillah 10 tahun saya mengenalinya malah sudah di anggap seperti ayah sendiri.
Kalau masa sekolah di Kelantan dulu, tiap hujung minggu, Ayah akan ambil saya di Asrama & membawa jalan-jalan.Namun saya tau, punca Ayah meninggal dunia di sebabkan Sakit Jantung.Sedih sangat sampai sakit kepala saya.
Walaupun Ayah orang kelantan, namun Ayah tidak pernah sekali membezakan saya sebagai orang luar.Itu yang membuatkan salah satu saya terharu kerana Ayah & family nya tidak sama sekali assabiah. Alhamdulillah.Ayah sering bawa saya jalan-jalan ,paling dekat pun akan pusing Kampung Repek Pasir Mas & Bandar Pasir Mas. Tempat yang banyak kenangan pahit manis saya :-/
Ayah, Jannah baru aje nak balik Malaysia g jenguk Ayah namun Ayah dah pergi . Jannah doakan Ayah di tempatkan bersama golongan orang-orang yang soleh.Amin :-(
Berlinang air mata saya.Insan yang saya sayang pergi.Mok pergi, Ayah pun pergi, saya sungguh menipu di sebalik senyuman & watak saya & yang untuk perkara ke-3, usahlah saya sebutkan di sini, namun memadailah jika saya katakan, saya cukup-cukup kecewa, sedih & terkilan.
Saya bukan mudah melupakan, andai terkesan di hati, sukar nya Allah Maha Mengetahui..Namun,saya ucapkan jutaan terima kasih & maaf atas segalanya.Moga Allah membalasnya.
Baiklah, saya nak menghadap kitab untuk imtihan terakhir esok,walaupun tetiba diri ini terasa lemah sekali. Ya Allah, kuatkanlah aku.Kuatkanlah aku. Kuatkanlah Aku untuk mengahadapi semua ini & Ya Allah, Sembuhkanlah luka ini .Amin Ya Rabbal `Alamin..

No comments:
Post a Comment