Thursday, July 01, 2010

~ Tiada Lagi Datuk Nenek :-( ~

1 Julai 2010,

Saat yang sungguh mendukakan bagiku & Abg Man. Ternyata, akhirnya saya sudah tidak punya datuk mahupun nenek lagi.

Semuanya sudah di panggil untuk menghadap Sang Khalik :-(. Hari ini, nendaku Jidah Bte johari telah menghembuskan nafasnya jam 4.54 am waktu Mesir, kira-kira jam 10.05 am waktu Malaysia.

Alhamdulillah, nenek pergi dengan aman namun diri ini & Abg Man berasa cukup terkilan sekali kerana tidak sempat ketemu dengannya :-(. Cuma tinggal beberapa hari lagi untuk kembali ke tanah air tapi siapalah kita sebagai hamba Allah mampu melawan takdir Ilahi.

Saya cuba menganjakkan tarikh tiket awal namun hampa lagipun Abi bilang, tidak akan sempat juga. Tidak mampu saya melenyapkan mata saban hari sejak semalam lagi untuk mengetahui kondisi nenek.

Nenek mengalami pendarahan pada otak iaitu pembuluh darah dalam otak sudah pecah & sudah tidak berfungsi namun, jantung nenek masih bernafas dengan baik walaupun tanpa alat bantuan pernafasan. Malah doktor hairan bagaimana masih mampu? Namun segala tiub & wayar sudah ditanggal dari badan nenek & telah di bawa menggunakan ambulan ke rumah.Alhamdulillah,nenek meninggal di kelilingi oleh anak-anaknya.

Namun, hati ini sebak sekali melihat barang-barang yang sudah saya packing untuk balik nanti di khaskan buat nenek.Sudah saya siapkan hanya menunggu untuk berangkat sahaja ke mathor.Bila saya membelek barang yang saya belikan untuk nenek, air mata ini mengalir.Hajat saya untuk membawa ole-ole dari Mesir tidak kesampaian. :-(

Teringin menyuap Balah Bil Luz di mulutnya & membuat Nasi Lu` Lu` campuran Habbatus Sauda` & Teh Arusah buat nenek. Saya mahu nenek merasai makanan dari Mesir & juga ingin memakaikan nya dengan Asfour, terkilan sungguh hati ini.

Rindukan suara nenek yang tidak mampu saya ucapkan dengan bahasa, gurauan nenek, masak bersama nenek, tidur bersama nenek dan sebagainya.Saya cukup suka menyakat nenek, teringat di hari raya solat sunat hari raya bersamanya. Nenek suka masakkan Ayam kicap, sedapnya.

" Awalnya nenek pergi meninggalkan cucu, cucu dah nak balik dah. Sanggup cucu balik sebab nak jumpa nenek,cucu sedih tak dapat tatap wajah nenek buat kali terakhir :-( tak dapat mandikan nenek" ..

Dulu,masa arwah Nenek Lela saya telah di beri peluang untuk memandikan jenazahnya akan tetapi, tidak berpeluang untuk arwah Nenek Jidah :-( Terkenang, bila setiap kali kami ingin menjenguk nenek, pasti nenek sudah siapkan makanan, andai tak sempat nenek akan pesan agar di tinggalkan lauk pauk buat anak cucu nya.

Bila tiba hari raya, kami main mercun & bunga api,masa tu pasti dengar nenek membebel .Membebel bukan sebab bising tapi takut kena tangkap polis,main mercun kan .haha :-) Rindu nak cium nenek,peluk nenek & urutkan nenek.

Terkenang saya akan nenek yang ingin menginap di rumah saya beberapa minggu sebelum saya berangkat ke `Ardhul Kinanah ini. Nenek cakap entah sempat tak bertemu cucu lagi,namun saya melarangnya menyebut begitu.Cuma saya cakap, " Cucu pasti akan pulang "..

Namun nenek, apakah erti kepulangan cucu tanpamu? Sedangkan kepulangan cucu-cucumu ini untuk menatap wajahmu, menziarahimu, merindukan suaramu. :-(

Mujurlah madah terakhir yang sepatutnya hari ini telah di tunda ke semalam. Andai tidak, saya pun tidak tahu apa yang akan saya lakukan. Itupun semalam setelah mengetahui keadaan nenek, saya exam dalam hati tidak tenang. Andai boleh saya balik sekarang, sudah lama saya lakukan.

Semoga Allah menempatkan roh nenek bersama golongon orang solihin & beriman serta berbahagia di sana.Nenek, cucu pasti akan rindukan nenek.Malah saya berharap, nenek akan maafkan segala salah silap saya .

Mudah-mudahan, Allah permudahkan perjalanan nenek di negeri Akhirat & beroleh syafaat. Amin Ya Rabbal`Alamin. Kami sayang nenek selamanya..


No comments:

Post a Comment