28 Jun 2010 -
Alhamdulillah telah berlansungnya 1 majlis di Asrama Kenyalang anjuran IMSAK bertempat di Hayyu Asyir sempena " Malam Tautan Kasih "
Kesemua pelajar Sarawak d Bumi Anbia` di jemput hadir.Manakala yg bukan Sarawak pun boleh juga.Alfu Mabruk di ucapkan kepada Dr.Wani Tanta, Ustz.Mimi, Ustz.Ain & etc yang tidak saya ingat namanya kerana sudi memeriahkan majlis tersebut.
Majlis ini juga khas untukkawan-kawan yang akan balik ke Malaysia tahun ini untuk trip pertama Sue & Yam & Wan.Sedih juga kerana selepas ini Yam pulang untuk selamanya & akan menyambung pengajian sebagai Nursing.Semoga ini yang terbaik untukmu.
Khas buat Yam, jadikan apa perkara yang terjadi sebelum ini sebagai pengajaran terindah & paling berharga.Saya sendir sudah menganggap Yam sebagai adik & dia juga adalah ahli bait saya di Syaqah 203 bersama Ain.
Nampaknya selepas ini saya semakin sunyi setelah kehilangan rakan yang amat baik ini.Manakala,Ain pula akan balik ke Malaysia & bergelar Zaujah kepada Syah.Mabruk!!.Jadi selepas ini, d Syaqah 203, saya akan keseorangan lagi. Walaupun saya menetap d RKB & jarang balik ke AK (Asrama Kenyalang) namun ukhwah yang terbina tetap terpahat di hati.
Ya Rabbi, Kuatkanlah ribath ukhwah ini.Amin
Rakan saya Yam ini, sepanjang saya mengenalinya seorang yang cukup baik.Tidak hipokrit malah tidak kedekut & cukup terhibur ketika bersamanya.Ada masalah,kami sama-sama kongsikan & saya cukup senang melihatnya kegembiraannya.
Sedih,ternyata saya tidak mampu membendung hati ini apatah lagi menahan air mata ini dari mengalirkan air mata.Sejujurnya saya turut mengakui,hal ini jugalah salah satu di antaranya yang telah membuatkan mood saya berada dalam situasi yang tidak tetap sejak beberapa minggu ini.
Saya sedih kerana saya tahu akan kehilangan kawan ,ahli bait saya walaupun mengenalinya hampir setahun.Mengetahui yang dia akan balik & tidak kembali.Sunyilah saya tanpa dia jika saya balik ke Asrama Kenyalang.Selepas itu, Ain akan bergelar isteri orang,masakan dia akan tinggal bersama saya lagi.Sue pun akan bergelar isteri orang juga.
Sara, bergelar memegang status tunangan orang begitu juga Syida menanti natijah yang akan menentukan segalanya.Samada terus di sini ataupun sebaliknya. Jadi,akhawat yang bakal tinggal hanyalah saya & Dedek :-(
Begitu juga ada perkara lain yang membuatkan saya berduka.
Semalam semasa Majlis Tautan Kasih, siapa yang lahir dari bulan January - Jun,mendapat kek dari IMSAK, kotak beracun, makan makan, serta sedikit ucapan serta ucapan selamat tinggal buat Yam yang akan balik esok hari bersama Sue & Wan dengan Qatar Airlines jam 3 petang.
Majlis berakhir jam 12.30 malam d Sutuh ;-))
No comments:
Post a Comment