29 Jun 2010,
Pergi Mathor Cairo dengan seluruh warga Asrama Kenyalang hantar Sue, Maryam & Mirwan dengan Coaster.huU..Pakat-pakat laju wat exam terus balik & bersiap.
Flight Qatar Airlines jam 3 pm tapi dah ada di mathor jam 12 tengahari.Yelah, nak g hantar bakal pengantin baru Cik Sue kita pastu Mirwan lak balik bercuti tahun ni diikuti oleh Maryam yang balik selamanya :-( uwaa!!~
Yam, jangan tinggalkan Kak Nur :-/
Pastu esok nak kena hantar Dr. Aimi lak g mathor. Dia nak balik jugak. Ish3..balik Lawas.eheks!! jauh tau dari tempat saya. 1 hari perjalanan guna kereta. Wah!!~ manakala malam esok pulak saya akan hantar Mok Rosilawaty g mathor pulak dengan Ustaz Nordin & Kak Sarinah. Kenapa ramai nak tinggalkan saya ni?
Erm, tapi tak sangka pulak masa di mathor tadi terserempak dengan seorang kawan saya.Saya telah mengenalinya selama 4 tahun melalui blogger, Friendster & Ym. Memang baik di alam tanpa sempadan ( Internet ). Namun, Allah pertemukan kami tadi di mathor. Saya pun bukan kenal tapi macam leh cam aje. Dia pun duk pandang saya. Cewah!!
Tapi,saya bukan perasan pun ,memang dia pandang saya pun. Pastu bermesej la memang betul la, dia awal- awal lagi dah cam saya.hihi..segan nak sapa saya sebab ada Abg Man? :-) Saya pun segan jugak:-P
Alhamdulillah, kawan saya ni dah mempunyai pengganti.Sebab hari tu masa Ym, dia ada krisis, saya la selalu jadi motivator tak bertauliah dia ;-)).Tahniah la, pasni boleh cepat-cepat nikah. Saya doakan moga kali ini adalah yang terbaik untuknya.Amin :-)
Berbalik hal Yam pula, pilu saya melihatnya. Disaat dia harus pulang ke tanah air, Allah mengujinya namun alhamdulillah,panjatkan syukurmu pada Ilahi kerana Allah menyelamatkan mu.
Bertuah Yam, sungguh bertuah. Allah selamatkan mu kerana dia menyayangimu malah masih perhatian terhadapmu. Sedih memang sedih namun hikmahnya?MasyaAllah..
Hal ini menyebabkan saya terkenang kisah saya & Si Dia.Alhamdulillah, Allah menyelamatkan saya walaupun di hati masih sayang.Saya tidak putus harapan,malah saya yakin, Allah pastikan yang lebih baik daripada nya.Amin Ya Rabbal `Alamin..
Sekarang, saya masih di Asrama Kenyalang.Tak jadi nak balik RKB sebab ada adik-adik medic nak jumpa saya .Jadi, tidur di Syaqah 203. Gembira namun sedih sebab hadirnya adik-adik medic Tanta wat saya terubat kesunyian tapi bila teringatkan Yam, hatinya merintih .Habis semua barang-barang Yam di rumah ini :-( hanya bersisa barang-barangnya.
Barangkali sekarang dia transit di Bahrain. Saya doakan moga Allah memandu rakan saya ini ke jalan yang di redhai.Moga Allah memeliharanya dari segala kejahatan & kemaksiatan.Amin. Saya tak tahu kenapa namun yang pasti kerana saya menyayangi nya.
Terkenang pada pengorbanannya walaupun barangkali bagi segelintir nya memikirnya tiada apa-apa namun, bagi saya belajarlah erti menghargai insan lain.Hargai insan lain dengan seikhlas hati.InsyaAllah akan kekal hingga ke Jannah yang abadi :-)
Malam ni makan bakso.Pun saya teringatkan Yam .Dia pernah membawa saya,Mimi & Ain makan di Mosallas, Haiyyu Asyir. Sesiapa nak rasa boleh la g. Jangan lupa ajak saya sekali :-D
Peringatan buat diri, sesungguhnya kita adalah makhluk yang diberi untuk membuat pilihan dengan ketentuan Allah SWT. Mudah-mudahan jalan yang dilalui menjadikan kita terus thabat demi memperolehi cinta Sang Khalik. InsyaAllah :-))
No comments:
Post a Comment