Saturday, June 26, 2010

~ Malaysia Melambai Ir. Najwa ~

24 Jun 2010 jam 12 tengahari, kawan saya Amirah Najwa telah kembali ke Malaysia setelah bercuti sambil bertalaqqi selama 2 bulan d Ardhul Kinanah ini.

Saya, Mimi & Kak Jue g hantar ditemani oleh 2 orang ustaz.Rasanya macam cun aje gelaran Tok Wali kat Najwa ni ;-)) mana tak nya. Barangan kargo dia rasanya nak dekat 100kg tp g timbang rupanya x cukup kilo. Ya Allah..kalau tahu, saya angkut semua barang-barang dia kat bilik muhafazah tu :-)

Yang carry lak,macam beg nak g Sinai. Cik Najwa, tau lah kempunan nak g Sinai tapi jangan la bawak hati duka tu sangat .hihi. Apapun, saya puji sikap Najwa ni.Biasalah mula-mula terdengar rungutan akan ketidakpuasan duk di Mesir.

Akan tetapi, sejak duk Mesir 2 bulan dah macam tak nak balik pulak malah jalan-jalan di Mesir ni dia lebih arif daripada saya. Al maklumlah, saya ni malas keluar rumah.Si Najwa lak habis semua tempat di jelajah nya. Serasa saya,cuma Sinai, Fayyoum & Luxor je dia belum g.

Tak apalah Najwa, janji niat dah ada.Saya & Mimi niat awal lagi tapi turn belum sampai.Apa leh wat.haha.

1 lagi, sejak Najwa duk di Mesir ,dia sudah pandai memasak.Sedap masakan nya. Tahniah saya ucapkan. Sempat saya mengusik nya " pasni terkejut lah mak wa, tengok anak dia bukan aje tambah ilmu tapi pandai masak.haha "..

Mula-mula dulu, dia ingin belajar masak Mee Goreng, selepas itu Nasi Goreng & seterusnya Ayam Kari,Ayam Kurma, Ayam Sup tapi ala-ala kurma etc..;-) x apa Najwa, 1 peningkatan yg cukup baik. Cuma cara pemotongan harus di sesuaikan mengikut masakan.

Semalam, dia ber YM dgn saya. Katanya dah sampai Kuwait & dapat hotel setiap seorang.Apa katanya? " Rasa x biasalah hidup dalam aircone sebab dah terbiasa duk di Mesir ".

Wah Cik Najwa kita, dahsyat sungguh!..Boleh la datang Mesir lagi yer.Sekarang tiada terdengar rungutan dari mulutnya.Mantap la Cik Najwa kita ni.Boleh masuk dengan Mesir pulak sekarang.

Cik Najwa, apa plan kita pasni? Australia @ Canada? :-P.. Uk kita letak tepi dulu lah yer.Erm, x pun Jepun @ Korea? Ada ustaz Jepun tau! :-D..Macam-macamlah impian Cik Najwa ni.Pastu Cik Mimi nak buang mana? Dalam laut boleh x? hihi..Kesian Mimi.

Rasanya Cik Najwa dah sampai Malaysia kot. Tiket tu burn je lah yer. Kan ada hikmahnya. Kalau x,tak dapatlah tengok Kuwait lama-lama kan.Tapi kan Cik Najwa, kita ni terliur bila Cik Najwa duk puji Seafood Kuwait tu.Katanya, kalah El-Borg Restaurant.haha..

Ceh,macam pernah makan El-Borg.Tau-tau aje sedap yer?Mosalas sedap lagi tau Cik Najwa. Bakso Koktail .Yummy!!..:-* El-Borg hampeh aje tau.huhu.

Malam sebelum Cik Najwa balik, kami telah ronda-ronda Kota Kaherah ni dengan Avanza .Bestnya.Jalan-jalan tengok semua rumah BKAN.Tiada satu pun ketinggalan.Pastu beli sedikit barang-barang untuk tambahan kargo Cik Najwa. :-) & Sebelum balik RKB, g minum-minum `Asir d `Asyir :-D..

Apapun, semoga Cik Najwa terhibur sepanjang berada di Bumi Mesir ini & ada masa, datanglah lagi.Nanti boleh jemput kat Mathor :-) & Tahniah buat Cik Najwa gak sebab berjaya menghabiskan Pengajian Talaqqi Al-Quran bersama Syeikh Nabil. Siap Syeikh Nabil offer sanad lagi dengan hanya bayaran LE.100.

Orang lain LE.500- LE.800..sungguh bertuah. Moga ilmu yang ada dapat diamalkan & disebarkan. Salam ukhwah fillah wal mawaddah abadan abada :-)


No comments:

Post a Comment