Monday, November 15, 2010

~ Entah Apa-Apa ~


السّلام عليكم ورحمة الله وبركا ته

الحمدللّه والشكرللّه ولا حول ولا قوة إلا باللّه

Segala pujian hanyalah milik Allah Subhanahu wa Ta’ala, kami memuji-Nya, memohon pertolongan, memohon maghfirah hanya kepada-Nya. Kami berlindung kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dari kejahatan-kejahatan hawa nafsu kami dan keburukan-keburukan amalan kami.


"Dan barangsiapa yang diberi hidayah oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, serta barangsiapa yang disesatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala maka tidak ada pula yang dapat menunjukinya."


Aku bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang haq kecuali Allah Subhanahu wa Ta’ala semata & tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam itu adalah seorang hamba dan Rasul-Nya.


Semoga Allah ‘Azza wa Jalla senantiasa melimpahkan selawat serta salam kepada beliau, keluarga, & para shahabatnya serta umatnya yang mengikuti mereka dengan baik sampai hari kiamat.Amin..

~ Ya Allah, tukarkanlah musibah-Mu keatasku menjadi penawar buat hatiku yg lalai. Pindahkanlah daku lewat ujian-Mu keatasku ke tingkat yg lebih tinggi. Tutupkanlah dgn taubatku kepada-Mu segala kekurangan & keaibanku. Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu drpd-Mu.Amin. ~

Alhamdulillah sudah sekian lama sy tidak mencoret d warta bisu ini. Mungkin kerana sifat malas yg menguasai diri. Sesungguhnya saya juga manusia yg tidak lari dari kelalaian.Jam sudah menunjukkan ke angka 1.13 am .Saya sbnrnya baru sahaja terjaga dari lena.Memadailah jika diberi nikmat tidur yg sementara daripada tiada lansung.Bukan mudah sy mendapat peluang seperti ini.
Lantas,saya terus membersihkan diri & mengadap Ilahi. Melihat Abi Ummi yg sudah lena,menatap wajah kalian membuatkan daku sayu.Masa yg menghambat,membuatkan hati ini terasa berat sekali.Merenung & muhasabah diri akan khilaf diri samada sedar @ tidak..Saya memikirkan diri yg sejak 2 hari ini membiarkan kemarahan menguasai diri.Sedangkan selama ini saya mampu mengawal kemarahan.Bukan pada keluarga tp pada insan yg pernah hadir satu masa dulu.
Sesungguhnya, saya telah berusaha sedaya upaya untuk meredhakan segalanya & bersangka baik dengan Allah.Namun, kenapa lah di saat kita sudah bisa melepaskan segalanya, ia datang walaupun dalam situasi lain.Tipu lah, jika kita boleh melupakan kenangan lalu dalam sekelip mata.Membiarkan kasih sayang yg telah berputik bertahun-tahun, dicantas dalam sehari dua.
Saya sudah melepaskan segalanya pada Allah.Mungkin Allah ingin menguji lagi.Cuma saya tidak suka dengan tindakan meng”poke” fb saya melalui fb isterinya.Adakah ingin membuat saya cemburu? @pun menunjukkan kemesraan kalian? Alhamdulillah, sama sekali saya tidak cemburu.Perasaan itu sudah lama saya padam selepas tau segalanyanya.
Benarlah kata Imam Syafi`e - Aku mencintaimu kerana agama yg ada padamu. Jika kau hilangkan agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu.

Cintaku padamu sudah tiada.Benci & dendamku padamu sudah ku padamkan walaupun sampai saat ini luka nya masih terasa,parutnya tetap kekal sebagai peringatan dari Ilahi utk meneruskan liku hidup dengan waspada.Namun,tindakan mu membuatkan hati ini marah.Kau telah membiarkan singa ini terjaga dari tidurnya.Mujur, sering diri ini didatangkan peringatan dari Allah tepat pada masanya.Alhamdulillah.

Walaupun begitu, daku mendoakan kebahagiaanmu bersamanya.Pedihnya pasti ada tp cukuplah aku melihat kebahagiaanmu.Benarlah kata orang, jika kita sayang seseorang itu,lepaskan ia pada pilihannya.Melihatnya bahagia, akan membuatkan kita bahagia juga.

Ya, daku bahagia melihat kebahagiaanmu bercampur kesedihan. Kadang-kadang bila ku teringat apa yg ku lalui, ku dengar & apa yg ku pandang, cepat-cepat ku alihkan.Semoga apa yg pernah kau lakukan tidak terulang.

`Eidul Adha bakal menjelang tidak lama lagi. Rindu saya pada Haramain..Moga Allah memberi kesempatan untuk saya kembali kesana lagi.Amin..Jika saya teringat masa d Jabal Rahmah dulu, terserempak & terpandang insan tersebut pasti saya teringat.Tapi itu kisah lama.Cuma hati saya sudah digamit rindu pada Masjid Nabawi, Raudhah, Baqi`, Masjidil Haram, Hijr Ismail, Safa Marwah, Jamrah dan lain-lain.

Kalau diingatkan kembali tatkala berada d puncak Jabal Rahmah, kita bisa melihat Padang `Arafah yang dipenuhi oleh jutaan manusia.Pelbagai ragam kita akan dapat lihat & pastinya pelbagai ujian.Masa itulah terfikir di benak otak saya bagaimanakah nanti d Padang Mahsyar? Ya Allah..

Semoga Allah menyelamatkan kita pada saat itu nanti.Amin..Jika time nak raya korban ni, riuh rendah kota mulia lantaran tidak sabar untuk menyambutnya.Seperti raya, darah korban dijalanan. Seperti d Mesir juga,namun kelainan pasti ada.

Masa d Mekah dulu, saya jarang sekali balik ke hotel.Usai umrah & haji, kadangkala mengambil sedikit kesempatan untuk berjalan-jalan di Kota Barakah. Sekitar jam 2 pagi,melihat kota yang tidak pernah sunyi dari manusia .Membeli roti canai mekah,Halawah dan minuman sambil duduk di pinggir jalan melihat gelagat manusia.Seronok, x terasa asing, seperti Negara sendiri.Alhamdulillah..

Kenapa mata ini x mahu lelap lagi?Telinga ini sudah disumbat dengan Qasidah & nasyid.Makin membuatkan rindu pada Haramain.

Esok Habib Saleh @ Ami Sholeh akan kembali ke Perlis.Seronok bersama beliau.Alhamdulillah,moga dipertemukan Allah lagi.Semoga Allah memberkati usaha & pertolongannya.Amin..Semalam juga,saya dijemput untuk menghadiri dinner bersama guru-guru dari Sk Semariang.Dapat duduk meja Vip.heE!~ Dinner d Semariang Court.Byk acara malam semalam hingga agak lewat saya kembali ke rumah.Kira-kira jam 11 malam.Mujur ditemani kawan saya. Anis Merian :-) Syukran Kak.

Kisah saya sudah melelat lah :-D eheks..saya pun tiada idea sebenarnya. Kalau nak diceritakan banyak sebenarnya ingin diluahkan tapi, abaikanlah..Luah pun x guna.Cakap pun sama.Baik diam kan.

Rupanya hujan malam ini.Mungkin berkat Raya Haji yg bakal menjelang.Seronoknya..
“ Allahumma Soiyyibanna Fi `a..” Amin..

Erm, apa lagi ya? Semalam Ummi suruh buat Dadih.hihi, percubaan pertama berjaya.Alhamdulillah, siap ada Nata de Coco lagi.Ingatkan x berjaya,lembik semacam aje.,Rupanya memang macam tu pun.hehe.

X nak lah coret lagi, x da idea dah.Mata x nak lelap jugak.Baik saya sambung baca novel yg bertajuk “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck “ dari Prof.Dr.Hamka..Salah seorang idola saya.Nak jadi macam beliau.Doakan saya ya :-) mana tau boleh jadi Prof. Dr.Nurjannah.Amin..heE!~

Baiklah,undur diri dulu, Salam permisi..

No comments:

Post a Comment