Thursday, November 11, 2010

~ InI cErItErAku ~

Bismillahirrahmanirrahim..

Jam sudah menunjukkan pukul 3.43am, namun mata masih belum berat.Ntah apa yg saya fikirkan . Tp, hari ni saya nak share dengan kalian semua tentang apa yg berlaku hari ni.InsyaAllah..

Yg best je la kan, yg x best x da pulak setakat ni.Alhamdulillah. Hari ni saya telah ketemu dengan keluarga angkat saya yg sudah lama terpisah selama 10 tahun.huU!~ lama kan..kisah suka duka saya selama sy menetap d semenanjung merantau keseorangan mencari ilmu.

Sy dah jumpa wpun x bisa bersua muka.Memadailah Fb sebagai penghubung d alam tanpa sempadan.Keluarga Pa & Ma. Gelaran saya buat insan2 yg saya sayangi dengan nama lain nya En. Wan Pauzi & Puan Hazami.

Kak Ya selaku anak sulung arwah Pa, adalah ustazah sy dulu ketika d madrasah tahfiz & sekaligus menjadi kakak angkat sy serta ahli keluarganya.Kebetulan masa tu nak raya haji.Nak balik Sarawak,x da fulus masa tu.Jd, dengan ihsan Kak Ya lah, sy ditempatkan & berpeluang berkenalan dgn family ni.Alhamdulillah!~

Baru jap td, saya jumpa fb Na, @ Dr.Na bakal dentist ni tau.Pe lagi, tergezut la cik Na tu.eheks!~ ni belum lg Cik Na tu nak heboh kat Ma esok.wah, sy terlalu merindukan keluarga ini.Rupanya Kak Ya, Kak Yah, Kak Sya & Na dah mendirikan rumahtangga.Hai, kalau dulu memang kaki gurau senda la kami ni.

Erm, rasanya belum terlambat untuk Jannah mengucapkan “Selamat Pengantin Baru Wat Na, Barakallahulakuma wajama`a bainakuma fil khair “.Semoga bahagia hingga ke Syurga.Amin..

Dalam adik beradik mereka yg 10 orang tu,kalau laki Cuma ingat Abg Fizi & Hasbullah je.Nak tau x, 10 tahun dulu, saya & Loh (panggilan wat Hasbullah ) ni using keliling Kpg Padang Midin tu dengan motor, ada sekali tu, jumpa la org yg x berapa betul kat simpang jalan. Pe lagi, gelabah la kami dua,jalan lak sempit.Aduhai..sekali tu,ingatkan nak konar balik,x sempat jugak.Rupanya bukan pusing ke jalanraya tu,tp masuk dalam “Rok”.huU..

*Rok* tu, sy x reti nak explain tp faham je,ni bhs org klate & ganu deh :-D haA!~kalau x silap rok tu kebun kot. (kalau salah sila betulkan sy ). Kebetulan la pulak,empunya kebun ada kat situ, sikit lagi nyaris tayar motor nak terkena kepala pak cik tu.Mujur selamat Alhamdulillah. Kalau x ,kan naye kami 2 masa tu,huU!~

Tp blm slmt 100% tau. heE!~ :-p sebab pastu pak cik tu bagilah ceramah free, saya & Loh dah sakit pinggang sebab jatuh motor.x pe lah Pak Cik, sy pasrah je dengar dgn muka sengeh seribu.hihi..

Lama x jumpa mereka, mesti dah lain kan,Tgk dlm fb pun dah lain, kalau jumpa mesti berbeza.Ada yg dah ada anak, Ma lak dah jd nenek.Syukurlah..

Cuma yg sedihnya, saya teringat sangat kat Pa @ Bak..Pa dah menemui Sang Pencipta tanpa saya disisi walaupun saya ni anak angkat nya tp Pa sering contact.X pernah putus.

Kali terakhir saya jumpa Pa, bila Abi ada urusan di Kelantan.
Lalu, saya mengajak Abi & Ummi g Terengganu nak jumpa Pa & Ma. Masa tu singkat sangat. Jd Pa & Ma jumpa kat hotel.Rindu sangat kenangan masa tu.Tu la last saya jumpa Pa :-(, Pa siap bg kata peransang, macam dulu2 jugak. & Pa & Ma bg tuala & tudung. Yg sampai skrg, saya masih pakai & jaga dengan sebaiknya, kerana itulah satu-satunya kenangan dari Pa.

Jannah doakan, moga roh Pa aman di akhirat sana & ditempatkan bersama orang2 yg beramal soleh. .Semua dah tinggal kenangan, sekarang ada Ma, harap 1 hari nanti, dapat jumpa Ma & teringin nak bawak Ma & seisi keluarga tu mai Sarawak.Nanti Jannah bawak “raon-raon” k. hehe..

Habis dah citer tu..hihi

Td, Abi Ummi bawa saya, Abg Man & Burhan g raon-raon pusing Kuching. Abg Man & Burhan x sihat datang 1 package sakit.macam2 ada..Smga Allah menyembuhkan kalian. Saya lak, macam sedang menunggu giliran.Ina x da sbb duk final exam.Bittaufiq wan najah my dear J sambil duduk kat Medan Halimah pastu g Kubah Ria lak tengok sungai.Kat sini dulu ada jambatan gantung, skrg dah roboh.

Melihat muka Abi Ummi, hati saya merasa sayu,pilu..Bilakah kita bisa bertemu lagi? Td, Abi Ummi pesan Bakso Minang, saya lak x order pape kecuali Teh C Pandan Special..yg ni orang Sarawak je reti buat tau.Sedap!~

Hari ni Ummi lak nak masak, selalu saya tapi hari ni Ummi nak jd Chef gak kan,Ummi wat Laksa Sarawak.Yummy!~ :-p Esok lak, saya kena wat Dadih Koktail & Agar-agar gula apong.,ni Ummi yg request. ;-)

Sekarang dah masuk beberapa hari dlm bulan Dzulhijjah.Yg pasti, saya rindukan Haramain.Hati sudah digamit rindu teramat. Moga Allah memberikan kami sekeluarga peluang lagi untuk menjejakkan kaki ke Haramain.Amin ya Rabbal `Alamin.

Kalau saya tengok iklan tentang Haji ,saya mesti sayu, kadang2 air mata mengalir tanpa sebab. Saya x tau kenapa saya mudah mengalirkan air mata.Cuba menyeka air mata yg mengalir & kadangkala saya mampu menahan nya tp terasa amat sebak di dada.

Saya sendiri tiada jawapan yg khusus.Namun yg pasti saya merindui Haramain. Rindu..rindu.rindu..Jabal Rahmah antara tempat yg mengandungi memori tersendiri .Saya pun x tau,btl @ x apa yg saya lihat.Wallahu a`lam..`Afarah,Mina etc..& yg paling menggembirakan bila tangan bisa menyentuh Rumah-Mu Ya Allah & bisa mengucupnya,Hijr Ismail serta Hajar Aswad.Yg saya rasa,barangkali tidak berpeluang saya mengucupnya.

Maha Suci Allah, Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yg Maha Kuasa..dalam keadaan yg amat menghimpit apatah lagi dengan badan orang Arab, Ya Allah, betapa hebatnya cubaan-Mu.Doa yg tidak putus d hati, lalu tetiba dengan izin Allah, seorang ikhwah mengangkat tangannya & menahan dirinya dari tolakan orang dibelakang untuk memberi saya peluang mengucupnya.

Begitu juga d Raudhah..andai diri ini d beri kesempatan untuk ke sana lagi, saya berniat & sering berdoa, agar Allah mengurniakan saya rezeqi agar saya dapat membawa insan-insan tersayang saya kesana.Yg pastinya Abi Ummi, adik beradik & yg saya berharap dapat menunaikan impian nya ke sana adalah guru saya yg disayangi Ustaz Syed Mohamad Al-Attas.Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat & berkat-Nya buat guru saya ini.Amin..

Beliau adalah anak murid Al-`Allamah Habib Alwi Al-Maliki, yang mana, saya tidak sempat bertemunya, namun saya & abg berniat untuk ke maqam beliau.Saya x ingat d mana pastinya bukan d Baqi`..Namun, perempuan tidak di benarkan ke perkuburan.Masa tu ingat nak singgah sebentar ke rumah anak beliau tp di sebabkan program yg telah TH buat agak pack, jd, x sempat. Mudah2han 1 hari nanti kami diberikan kesempatan.Amin..

Jam sudah hampir kearah jam 4.45am, x lama lagi nak Subuh,& hari ni saya niat puasa Dzulhijjah serta Puasa sunat hari khamis.Sy mohon doakan saya, agar saya bisa membentuk peribadi mulia,memperbaiki khilaf diri samada sedar @ x,agar sy bisa menjadi perempuan solehah & memperolehi Nur, Futuh & Sirr dalam kehidupan saya, & bisa mencapai impian saya utk menjadi Professor & Doktor Falsafah.Amin.

Ya Rabbi, Faqihkanlah aku dalam ilmu-Mu & `alimkanlah daku dalam pentakwilan.Amin Ya Rabbal `Alamin..

                                                          ~ Prof. Dr.Nur ~

No comments:

Post a Comment