Friday, June 04, 2010

~ Otak @ Otak-Otak ~

Salam Jumaat pada semua..:-)

Sambil santai sebentar sebelum saya menyambung semula study saya.Nak dijadikan cerita pada hari jumaat yang indah ini..Jeng !!

Al-kisahnya:- Ada seorang Profesor tapi nama apa saya sendiri pun dah lupa.Profesor Nurjannah kot..:-D..Amin..Telah menjalankan 1 penyelidikan tentang 3 otak manusia dari pelbagai jenis. 3 otak tersebut adalah Otak Jepun,Otak Orang Putih, Otak Melayu..:-)

Setelah selesai penyelidikan tersebut, Profesor itu telah membuat perbandingan diantara ketiga-tiga otak tadi.

-Otak Jepun :- Berwarna Hitam.
-Otak Orang Putih :- Berwarna Kelabu Asap.
-Otak Melayu :-Berwarna Putih.

Kalau kita baca statement diatas gerenti kita orang melayu,rasa Wow!!..Otak Melayu bersih.Bak kata kawan saya seorang ni " Sebab orang melayu bersih & suci "..Seorang lagi kata " Sebab kita banyak ingat Allah, jadi otak pun jernih ".. :-D dan banyak lagi pendapat-pendapat saya terima dari pelbagai pihak setelah mendengar cerita otak melayu.Opss!!, tunggu dulu yer..

Pastu Otak Orang Putih lak.Kenapa kelabu asap? Banyak hisap rokok ke?.@ hisap gam?..Ish..kesian kan?

Otak Orang Jepun lak. Kenapa hitam legam? Nak rentung agaknya yer..

Sebenarnya nak diceritakan disini.Setelah Profesor tu buat penyelidikan,ternyata ia membuat kesimpulan bahawa Orang Jepun majoritinya menggunakan keseluruhan fungsi otak mereka dengan baik.Terlampau kuat berfikir menggunakan otak kiri & kanan.

Manakala Otak Orang putih pulak kelabu kerana majoriti menggunakan sebelah otak sahaja tak kiralah otak kiri mahupun otak kanan.

Alangkah sedihnya Otak Melayu yang kita kiranya putih itu suci & bersih itu rupanya,Otak MALAS!!. malas berfikir. Bak kata seorang rakan saya ni, Kalau MALAS, letak jawatan!!.. :-P..Tapi maafkan saya,Profesor itu menyatakan majoriti dari peratusan yang diambil sahaja.Bukan semua yer.Lagipun ramai orang melayu pandai kan.eheks!!

Jadi kan,kalaulah Profesor tu buat penyelidikan Otak Israel & Amerika.Rasanya bukan aje hitam legam malah berkarat agaknya..Rasanya,kenapa otak mereka boleh hitam & berkarat sebegitu sekali? Geliganya !!

Motifnya disini, jikalau anda mempunyai otak bergeliga yang hitam legam,berkarat & berulat sekalipun, seandainya tidak digunakan ditempat yang sepatutnya,alangkah ruginya..Jadi,gunakan kelebihan otak anda & salurkan ditempat yang betul..:-) Walaupun setiap insan kemampuannya berbeza bagi setiap individu termasuk diri saya sendiri :-/

Apapun,kalau otak dah mula serabut ketika fatrah imtihan ini,masa rehat tu makanlah otak-otak.Sedap..boleh menjana fikiran cemerlang macam budu la lebih kurang;hihi..

- Hungga Bungga Aiyyu Kazembo.huU -

No comments:

Post a Comment