Monday, June 14, 2010

~ Kerinduan Yang Terubat ~

Hari ini,saya sedikit kecewa. Kecewa pada diri sendiri kerana tidak mampu melaksanakan imtihan Tafsir tadi dengan sebaik mungkin.Soalannya,masyaAllah. Terkedu saya.Seperti mana rasa terkedu ini tatkala di tanya ketika soalan syafawi Tauhid tempoh hari 

Tafsir adalah salah satu mata pelajaran kegemaran saya walaupun saya tahu,kebanyakkannya mengatakan susah.Memang susah,menuntut ilmu bukan sesuatu yang mudah & tidak mungkin dapat saya menyangkalnya.Malah saya mengakui, tafsir adalah madah yang susah bagi yang tidak benar-benar menguasainya.Begitu juga bagi saya.Namun,siapalah diri ini,saya bukanlah seorang yang dikurniakan dengan otak yang cergas.

Bila saya menyemak kembali jawapan kepada soalan-soalan tersebut,saya pasrah.Andai tak semak semula pun,saya sudah tahu terlebih dahulu :-/
Sekembalinya dari kuliah,saya ingin terus pulang ke rumah.Prepare untuk madah Tasauf pula. Sebelum itu,saya singgah sebentar di “ Misru Sudan “ untuk membeli daging.tetiba terdetik di hati ini untuk menghubungi family & sahabat tersayang saya. “ Apakah khabar kalian disana? Adakah masih mengkhabarkan diri? “ Saya tersenyum sendirian.Hati ini digamit rindu.Sudah lama rasanya saya tidak menghubungi Abi Ummi & sahabat saya.
Owh,rupanya Ummi & Ina berada di Bintulu kerana menziarahi pusara Mak Ngah yang telah kembali menghadap Ilahi semalam.Innalillah..Manakala Abi & Burhan tetap berada di Kuching kerana Abi tidak mempunyai cuti.Ketika saya menelefon tadi pun, Abi baru sahaja kembali dari kerja.

“ Ya Rabbi, jadikanlah setiap usaha Abi sukses.Amin “..

Setelah menelefon Ummi & Abi, saya menelefon sahabat baik saya, Nurul Izzaty.Ya Allah,betapa rindunya hati ini padamu sahabat. Dialah sahabat baik saya.Satu-satunya sahabat saya & masih belum ada yang mampu menggantikannya.Bertuahnya saya dikurniakan sahabat sebaik ini.

Banyak yang kami borakkan tadi antaranya tentang kepulangan saya ke Malaysia nanti,kenangan di sekolah dahulu serta impian kami & tak lupa juga tentang kahwin.haha :-D. Alhamdulillah,sekarang sahabat saya ini tengah praktikal .Saya sentiasa mendoakan kejayaan nya .

InsyaAllah,sesampainya saya di KLIA nanti, sahabat saya sudah menunggu & pastinya say tidak lupa membelikan cenderamata dari Mesir.Sudah menjadi kebiasaan saya. Dulu,saya pernah memberi sahabat saya ini gelang kristal.Tanda ukhwah yang terbina & alhamdulillah hingga ke saat ini,dia masih memakainya.Sesuai sekali di tangannya.terharu saya ;-))

Dia bertanya,adakah saya telah melupakannya. Mana mungkin sahabatku!!..dahulu,kami pernah mengimpikan untuk study bersama-sama di universiti.Study,makan minum,berjalan bersama-sama namun siapalah kita untuk melawan takdir Allah. Barangkali,perpisahan ini yang lebih mengeratkan kami.Dia meluahkan rasa hati nya tadi.Pilu sungguh hati saya tatkala mendengarnya.Sesungguhnya,dialah satu-satunya sahabat yang amat memahami diri saya.Begitu juga sebaliknya..

Tapi,saya terkejut tatkala mendengar sahabat saya ini membicarakan tentang topik kahwin.haha.. :-D Namun saya gembira,tak sangka topik ini yang akan keluar dari mulutnya.Pertama kali saya mendengarnya,saya tergelak.Lucu sekali dengan gelagatnya.Barangkali kerana umur pun sudah meningkat & melihat rakan-rakan seangkatan kami sudah ramai yang mendirikan rumahtangga & adanya yang beranak pinak.

Biasalah tu,perkahwinan memerlukan komitmen antara dua belah pihak.Rasanya,banyak lagi yang perlu dibereskan sebelum melangkah ke alam baru.Lagipun bila melihat kehidupan sendiri, pandai-pandailah fikir.

Akan tetapi,saya mengusiknya tadi “mahukah menjadi kakak ipar saya?”..haha..

Entah bagaimana agakanya sahabat saya sekarang ini.10 tahun berpisah,berjumpa pun sebentar cuma mengajar kami erti rindu.Teringat semasa zaman sekolah dulu,kami kenal tak lama.Tetapi,selepas perpisahan itu, kad raya & warkah lah penghubung setia kami.Zaman dahulu mana ada handphone.Nak telefon rumah pun tidak mampu.Namun,bila usia menginjak dewasa,semua itu telah membataskan kami untuk berhubung tapi alhamdulillah,jodoh kami panjang.

Allah pertemukan sekali lagi ketika di Airport Pengkalan Chepa.Saya sanggup menunggunya walaupun saya telah terlewat 15 minit.Sahabatku,mudah-mudahan Allah takdirkan untuk kita pertemuan yang lebih baik daripada yang lalu.Pasti ada untuk kita 

Sahabat, bertuah sekali ku mengenalimu.Walaupun,takdir Ilahi menentukan untuk kita berjauhan,ku berharap,moga ribath ukhwah ini terus berkekalan hingga ke Syurga.Amin.. 

Ya Allah,kurniakanlah aku sahabat yang baik yang seiring denganku selalu.Yang sentiasa mengingatkan ku padaMu. Yang bisa menerima ku seadanya & bisa menyempurnakan diriku..Amin

No comments:

Post a Comment