Wednesday, June 16, 2010

~ شهر رجب ~


Salam kasih buat rakan taulan sekalian.Sedar tak sedar tup-tup rupanya kita dah memasuki bulan 3 serangkai.Alhamdulillah..Maaf,saya lambat nak edit tentang Rejab yang mulia ini.Sekarang dah 4 Rejab kan? Pasti ramai di kalangan kita sudah berpuasa sunat Rejab :-)
InsyaAllah,kita tingkatkan amalan & perbaiki diri termasuk diri saya sendiri.

Alhamdulillah, masa berlalu dengan pantas dan membawa kita ke bulan Rejab. Syukur kerana Allah masih memilih kita untuk melalui bulan-Nya ini yang penuh dengan barakah dan lakaran sejarah tersendiri.

Sama-sama kita perbanyak doa dan zikir:

اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا شَهْرَ رَمَضَانَ، واَعِنَّا عَلَى الصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَحِفْظِ اللِّسَانِ، وَغَضِّ الْبَصَرِ، وَلاَ تَجْعَلْ حَظَّـنَا مِنْهُ الْجُوعَ وَالْعَطَشَ

Rasulullah Saw juga bersabda: “Bulan Rejab adalah bulan Allah Yang Maha Agung, tidak ada bulan yang menandingi kemuliaan dan keutamaannya. Di dalamnya diharamkan berperang dengan orang-orang kafir, kerana bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku. Barangsiapa yang berpuasa sehari di dalamnya wajib baginya memperoleh redha Allah, dijauhkan dari murkanya, dan diselamatkan dari semua pintu neraka.”

Rejab bermaksud kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memuliakan & menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya.

Hari ini juga berakhir muktamar agung PAS kali ke 56 di Kelantan yang menyaksikan parti Islam ini masih teguh berdiri dengan sekalian pewiranya yang setia untuk berbakti demi agama.Tahniah dan syabas untuk semua perwakilan dan petugas yang telah bertungkus lumus menjayakan muktamar kali ini.Yang tidak dapat mengikuti rentetan muktamar,eloklah meneliti semula kalam pimpinan dan amanat mereka agar kita tidak ketinggalan dengan isu yang sedang berlegar di tanahair kini.

Rasulullah s.a.w mengekalkan nama ini dengan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w iaitu Isra’ Mi’raj.

Bulan Rejab ini turut dianggap sebagai bulan Palestin dan Gaza oleh PAS dan ahlinya kerana memperingati peristiwa rampasan kapal Mavi Marmara oleh tentera Yahudi laknatullah. Justeru, Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Haji Nasaruddin Mat Isa mencadangkan kepada negeri yang diperintah PAS dan Pakatan Rakyat di semua peringkat cawangan dan negeri agar melaksanakan program menghayati dan menghidupkan sirah Israk Mikraj bagi memperingati Gaza.

Semoga roh perjuangan terus mengalir dalam tubuh kita untuk menentang kezaliman dan kebatilan.Teruskan memperbaiki ibadat dan memperbanyakkan amalan untuk menghadapi Pencipta dalam bulan Rejab ini.


Marilah kita mengamalkan puasa dalam bulan Rejab ini. Berlumba-lumbalah kita untuk melakukan amalan-amalan yang disukai oleh Allah s.w.t. Semoga kita bahagia di dunia dan akhirat nanti. InsyaAllah…

Renung-renungkan & Selamat beramal !

:-)

No comments:

Post a Comment