Tuesday, June 01, 2010

~ Gawai Dayak ~

Hari ni sudah memasuki tarikh 1 Jun 2010 bermakna tinggal sehari lagi untuk saya bersiap sedia menghadapi imtihan bagi madah Tauhid.Turut disini ingin mengucapkan " Selamat Hari Gawai "- Gayu Guru Gerai Nyamai - kepada semua warga Sarawak samada Islam ataupun bukan Islam.

Kenapa saya berkata demikian? Ini kerana,yang berbangsa mahupun bersuku kaum Iban,Dayak,Kadazan,Melanau pasti akan menyambut perayaan tersebut sebab Gawai adalah perayaan mereka..Yang kedua pula,pastinya kita sedia maklum akan cuti pada hari tersebut sebagai menghormati kaum yang lain.Sahlah Islam atau tidak akan menyambutnya.Paling tidak pun boleh la rehat sebentar :-)..

Melayu sambut tak? Melayu tak sambut tapi dapat cuti.hihi..Tapi boleh je bertandang pada upacara Gawai tu tp kena hati-hati yer,jangan sembarangan nak ikut mahupun bedal.Macam-macam yang boleh dilihat,tarian ngajat,air tuak,bersumpit dan sebagainya..

Kalau nak ngajat,boleh aje.Best jugak tau! tapi jangan pakai baju ngajat.Seksiiii..kalau nak pakai biarlah sesama sendiri aje.Bukan aje seksi malah berat dipenuhi dengan duit,anyaman.Saya sendiri sudah terlupa apa maksud duit dan anyaman tersebut.Saya sendiri pernah memakai pakaian tradisional tersebut ketika malam pementasan di PLKN tp saya belakang tabir je sebab tugasan saya sebagai jurumekap para pelatih.Wah,rindunya saat itu..

Gawai jugak disambut menurut dongeng dahulukala percaya pada semangat Tuhan padi apatah lagi setelah hasil didapati dengan melimpah ruah jadi tibalah masanya mereka mempersembahkan pujian buat tuhan mereka.

Padi pula ada 2 :- padi biasa yang selalu kita makan tu dan padi hama..Rasanya padi hama ni di Sarawak je ada kot.Padi hama ni,tak cerewet nak menjaganya.Tanpa air yang banyak pun boleh hidup lagi cuma hasilnya sedikit.Namun padi biasa pula sebaliknya yang harus sentiasa dialiri dengan air namun hasilnya memberansangkan!..Jadi,padanlah hasilnya dengan cara menjaganya :-)

Teringat saat ketika dulu,saya pernah menuai padi untuk menolong datuk nenek menampi padi disawah yang sekangkang kera.Tidaklah sebesar mana,cukuplah sekadar rezeqi yang Allah limpahkan tapi agak memenatkan namun menyeronokkan.Masuk ke dalam lecak tanah dan kalau malang sikit,digigit lintah.Adus..gelinya ketika itu..Tapi,datuk dengan slambernya memegangnya.

Namun,semua itu kenangan.Kenangan bersama datuk nenek.Namun kini,semua itu tiada lagi.Sawah pun bukan milik kami lagi.Sudah menjadi milik cina.Lagipun suatu ketika dulu,mana ada hitam putih milik siapa tanah tersebut.Datuk pula,malas memanjangkan cerita.Alhamdulillah,kata datuk rezeqi anak-anak ada.Bolehlah menumpang sesipi.

Rindu pada datuk,nenek,mbah & jidah.Rindu pada kalian,kenangan bersama kalian.Gelak tawa dan sebagainya.Semoga Allah menempatkan roh kalian bersama orang-orang yang soleh.Sunyi cucu tanpa kalian,cucu rindukan dongeng serta angkling angklek & anang odeng gedek tiap hari,tiap masa & tiap malam.

Datuk,Nenek,Mbah,Jidah, esok Cut Bujuk akan imtihan,doain ya :-) Abi Ummi pun harus ya :-))..

No comments:

Post a Comment