Monday, May 31, 2010

~ Perubahan ~


Apa maknanya impian jika datang dan pergi? Semalam saya imtihan Al-Qur`an, alhamdulillah,namun segalanya saya serahkan pada Allah setelah berusaha dengan sebaiknya. Hari ini,saya fokuskan pada madah tauhid pula setelah saya agak kecewa pada syafawi saya.

Namun,saya berbaik sangka pada Ilahi,mungkin ia pengalaman yang lain.Saya ditebak dengan soalan yang lansung diluar jangkaan saya apatah lagi hafalan saya.Terkedu..itu yang mampu saya ungkapkan apatah lagi bila doktorah cakap buat yang terbaik dalam tahriri nanti.InsyaAllah..Saya akan buat yang terbaik,walaupun kali ini kepala saya akan sakit lagi seperti hari tu.

Ya Allah,bantulah hambaMu ini..

Hari ni,saya berwebcam dengan Pak Long & Mak Long bersama Abi Ummi.Alhamdulillah kalian sudah selamat kembali dari berubat di Johor.Kata Mak Long,kekuatan kakinya seperti kuatnya kekuda. :-D..haha,agaknya kalau menendang,terpelanting saya .hihi..

Sebenarnya,saya nak coretkan yang lain,tapi ntah antara mahu @ tidak menaipnya.Saya merasakan seorang kawan saya ini dah berubah.berubah agak lain dari awal perkenalan kami.Kenapa agaknya? Adakah kena fatrah imtihan yang merubah semuanya?Saya cuba Husnuz Zhon, namun sampai ke saat ini sudah menjangkau tempoh sebulan..Adakah saya salah? Adakah dia sudah bosan pada saya? @ saya ini sekadar tempat untuk dia melepaskan bosan?

Kalau iya,saya pasrah.Bukan tak pernah orang buat saya begitu,puas & cukup puas seperti ia sudah menjadi mainan dalam hidup saya. :-( Selalunya ada panggilan darinya paling tidak pun mesej namun sekarang? \

Terkenang saya pada segelintir rakan-rakan saya yang sebegitu.Sedih namun inilah lumrah kehidupan yang Allah takdirkan.Suka @ tidak,kita sebagai hamba harus menerimanya.

Dalam fatrah imtihan ini juga,ada seorang rakan saya yang entah mengapa tetiba melemparkan amarahnya pada saya sedangkan saya tak tahu silap saya.Paling saya agak kurang senang,apabila seseorang itu,bermasalah dengan orang lain tetapi menyebarkan kan virus amarah itu kepada sesiapa sahaja.

Mujur saya tidak melenting ketika itu sebab saya malas nak ambil peduli malah saya cuba untuk berkomunikasi dengan dia,namun hampa.Tak mengapalah,andai saya salah @pun tidak,saya sanggup menghulurkan kemafaan agar ukhwah yang terbina tidak goyah dek perkara remeh temeh.

Seandainya diikutkan perasaan,pasti banyak hati yang akan terluka,malah menambahkan beban di hati sendiri.Syaitan pun pasti bersorak gembira tatkala taktik usahanya berjaya.Memainkan peranan hati insan untuk saling bertelagah.Malas saya memikirkannya mahupun memanjangkan hal ini.

Harapan saya,mudah-mudahan ribath ukhwah ini terus berkekalan hingga ke Syurga.Akan tetapi,itulah asam garam kehidupan.Kita akan terus diuji sehingga bertemu yang Khaliq.Malah,semua inilah yang mengajar diri terus kuat,yakin,sabar dengan segala mehnah dunia.Terima Kasih Ya Allah atas anugerahMu.

Semuanya adalah rahmat daripada Allah..


No comments:

Post a Comment