Friday, June 11, 2010

~ Cincan Cincai ~

Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana masih memberi saya nafas untuk hidup di atas muka bumi ini hingga ke hari ini.Jumaat telah kembali,dunia terus berputar begitu juga dengan kehidupan manusia termasuk diri ini.

Hari ni,saya bangun memang agak lewat lantaran semalam saya pun tidur lewat.Kira-kira jam 5.30 am saya berusaha melelapkan mata selepas study semalaman.Penat otak saya, sakit namun saya berusaha untuk tidak terbawa-bawa kesakitan itu.Sebab tak nak stress.Kesempatan pada imtihan kali ni,ialah saya cuba mengawal otak saya dari terlalu memaksa.Perlahan-lahan memberi otak saya ruang untuk bernafas.hihi ;))

Saya berusaha untuk tidak membiarkan situasi sekeliling mengawal saya mahupun masalah-masalah yang hadir.Kenapa? Sebab saya tak nak sakit otak.Jika otak saya ni sakit,kepala dah sakit,biarlah kerana memang ia nak datang bukan kerana saya yang memberi masalah.

Tipu jika seandainya saya katakan,saya tidak mempunyai masalah,pelbagai masalah yang melanda.Tapi,saya penat nak terbawa-bawa,biarlah saya pendamkan dahulu hingga selepas exam.Itu pun,jika saya mahu melepaskan.

Bicara tentang otak,saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor, samada doktor perubatan mahupun doktor falsafah. Jika saya dapat jadi doktor perubatan,saya mempunyai 2 pilihan iaitu doktor dalam bahagian ENT ( Ear, Nose & Troat ) ataupun doktor dalam bahagian Neurosains bahagian Otak..Sebab tu lah saya mahu menjadi Doktor Psikologi pada 1 hari nanti.

Tujuan nya bukan untuk psiko orang tapi memang saya berminat.Kalau boleh nak jadi macam Dr.Fadhilah Kamsah. :-)

Saya tak tahu nak coret apa hari ni.Fikiran saya terbang entah kemana..cakap tentang otak pulak dah separuh .Sakit kepala lagi.

" Ya Allah,sembuhkanlah sakit kepala ku ini.Amin "..

Erm,ni nak lompat cerita lain pulak.Cerita 2 hari lepas..Saya menerima panggilan dari TYDP Sarawak mengarahkan saya untuk segera datang ke Asrama Kenyalang.Terkejut betul..Tup..Tup..ada mesyuarat tergempar.

Saya sampai lewat,datang je terus diarahkan untuk masuk ke bilik mesyuarat.Aiseh,tu la datang lewat sangat.Belum lagi dengan sesak jalan diselangi dengan pak arab membebel tak tentu pasal.Dah tak faham gelak jelah tapi faham la sikit dia nak tambang lebih ;-)) Ambillah Ammu ..

Alhamdulillah,pada jam 11 malam selesai mesyuarat. Keesokan nya saya kembali semula ke RKb kira-kira jam 3 petang,sebab kawan saya ajak g talaqqi dengan Syeikh Nabil.

Nanti pas habis exam,saya telah diminta oleh warga rumah Sarawak untuk buat BBQ sebab hari tu dah wat kat RKB..haha :-D InsyaAllah dalam 5 Julai,saya akan buat tarikh yang dirancangkan.

Tapi sayangnya masa nak balik dari Asyir tu,adalah seorang hamba Allah ni.Adik Harith,nak sponsor makan dengan Abang Man.Kononnya nak wat suprise. Tapi nak wat camne bukan rezeqi saya .InsyaAllah ye dik..pasni boleh lagi ;-))

Rezeqi manusia siapa yang tahu melainkan Allah swt.Ya Allah,murahkanlah rezeqi hambaMu ini.Amin..

Rindu pada Mekah Madinah tatkala seorang kawan di YM bertanya tentang hal ini.Sungguh,hati ini rindu.Rindu pada kenangan di sana.Ya Allah,takdirkan hamba dapat kembali menjejakkan kaki ke sana lagi.Amin..Menitis air mata ini tatkala kawan saya berbicara tentangnya & saya doakan juga hajat kawan saya untuk ke Tanah Suci ini akan tercapai 1 masa nanti..Amin..

Oklah,sudah kehabisan idea.Ayat pun dah lintang pukang je,serabut je nak baca.Perbanyakkanlah selawat pada hari ini,mudah-mudahan kita beroleh syafaat di akhirat sana. :-)




No comments:

Post a Comment