Friday, May 21, 2010

~ Coret ~

Aku tatahkan berlian di dalamnya hingga aku meninggalkannya bersinar tanpa matahari,berkilau tanpa rembulan.Kedua matanya memancarkan daya tarik,keningnya melengkung bak pedang dari India, hanya milik Allah segala kebaikan.. di setiap kerdipan mata, di setiap desah nafas yang mengalir di leher, di setiap tatapan..- `Aidh Al-Qarni.

Sedar x sedar,Jumaat bertandang kembali. Sebentar cuma rasanya,begitu cepatnya masa berlalu meninggalkan kita.Esok,saya akan menduduki peperiksaan syafawi Tauhid. Saya bertanya pada diri " Sudah bersediakah aku? ". Diri ni masih main-main lagi ni.Entah bila lah nak matang ni. :-)

Hari ni Abi Ummi serta Arina & Burhan akan terbang ke Johor untuk membawa Ummi pergi mendapatkan rawatan, di samping itu makan angin dengan Untie & Uncle.Mesti riuh rendah di tambah pula dengan kehadiran Pak Long & Mak Long.Aiseh..nang gerenti kamboh eh!!~ :-D

Semalam,nak berjaga malam , nak mengulang hafalan.Harap kat Mok & Mimi tolong bangunkan sebab nak tidur 2 jam je pun.Hampeh~ tengok2 Mok & Mimi pun tertidur.Ni la akibatnya bila penyakit malas saya mula nak hadir.Kadangkala geram jugak kat diri sendiri.Pastu sapa suruh lupa minum Nescafe.eheks!!

Kedengaran di corong khutbah Jumaat.Berapi-api je bila celoteh orang arab ni walaupun saya tidak berapa memahami.Terkenang pada Abi pulak,Dulu Abi pernah nak test mufradath saya & berpakat dengan Abg Man.Memang terkedu sebab tak tahu pun makna,apa lagi Abi pun mulalah mengeluarkan ceramahnya.Saya pun hairan mana la Abi tahu makna arab tu dengan lancar & fasih.Abi pulak senyum sumbing aje.Ish..geram betul.Rupanya kat belakang Abi ada kertas tu siap dengan erti lagi.Patutlah terer sampai saya pun terkena.Owh Abi, Mamat penipu,Minah Tertipu..:-P

2 Hari lepas berwebcam dengan family.Lepas jugak rindu saya pada kalian.Pada mereka juga saya perkenalkan Mok lagipun Mok nak kenal family saya..eheks!! Mok melambai Adik Burhan.Rindunya pada senyuman adik saya yg seorang ni.Barangkali disebabkan kami agak rapat.Apa agaknya yang sesuai untuk saya belikan pada adik saya ini? belikan baju perempuan ? haA..adikku yang jambu.huU..

Alhamdulillah,untuk sem 2 ni saya tidaklah tertekan seperti sem 1 yang lalu.Hati pun tenang.Otak pun tak serabut mungkin kerana saya mencuba untuk tidak begitu ambil pusing situasi disekeliling saya & saya cuba gembirakan diri.Tapi,terbalik pula pada rakan-rakan saya,Najwa,Kak Jue,Mimi,Mok dan lain-lain,tatkala saya menjadi pendengar setia mereka.Pada sem 2 ni,pelbagai masalah yang saya dengar & dapati.Syukurlah,saya tak serabut jadi saya pun sudi mendengarnya.Sekurangnya,walaupun saya tak dapat membantu,cukuplah sekadar saya dapat meringankan sedikit beban dihati kalian.
Mungkin berkat doa Ummi Abi,Para Asatizah,rakan-rakan & juga sahabat saya.

Pasal balik atau tidak pula.Seringkali soalan itu terpacul dari mulut Ummi & sedara mara serta kawan-kawan.Abi tidak pula bertanya lantaran saya amat memahami keadaan nya.Entah lah Ummi,bukannya anakmu ini tidak mahu kembali.Rindu tapi ...Saya usaha mencari tiket pulang namun di pihak Abg Man pula lain ceritanya.Penat saya nak memikirkan semuanya lagipun kali ni saya lebih fokuskan pada imtihan yang bakal menjelang.Sabarlah Ummi,anakmu ini pasti pulang.Pasti menemanimu seperti selalu.

Macam-macam saya dah plan seandainya ditakdirkan saya balik jugak tahun ni.Banyaknya perancangan tapi terlaksana atau tidak,semuanya dengan izin Allah.Salah satunya nak kerja.Malu rasanya,sepatutnya di umur ini saya yang sepatutnya menyara mereka,memberi wang bukannya mereka serta memberi kesenangan pada Abi Ummi.Baru-baru ni mahu atau tidak saya tebalkan muka meminta wang dari Abi Ummi walaupun saya meminta melalui pesanan ringkas.Kalau telefon entah macam mana lagi agaknya,mungkin takkan terucap.Terdesak sangat,kena jugak saya minta.Malunya Ya Allah.Disebabkan itu bukan kebiasaan saya.

Oklah,panjang rasanya coretan saya hari ini..Ikhwah pun dah balik dari menunaikan Solat Jumaat,saya pun nak Solat Zohor & meneruskan study,Sedia untuk syafawi esok..

# Nur,Gambatte! Chaiyok!..

No comments:

Post a Comment