Monday, August 24, 2009

.:: Rindu & Sunyi ::.

Erm..Rindu adalah satu ungkapan yang memberi seribu pengertian. Rindu pada Pencipta, pada abi umi,pada kekasih, pada sahabat taulan dan lain-lain.Ntahlah..

Apa lak yang aku nak coretkan kat sini.Cuma perasaan ni tetiba hadirnya perasaan rindu & sunyi pada insan.Insan yang sekian lama ku tunggu yg akhirnya menjadi milik insan lain.yang akhirnya meranapkan impianku untuk bersamanya melayari bahtera rumahtangga.Kecewa & terkilan hanya Allah Maha Tahu.

Disebalik perjalanan 9 tahun ukhwah terjalin rupanya terselit 1 kisah yang kiranya amatlah menghayat hatiku sebagai seorang hamba Allah yg kiranya aku rasanya x semua orang berpeluang merasainya.

Ya Allah,kuatkanlah aku dengan ujianMu.Kau uji aku dengan pemergiannya.Dengan pernikahannya.Namun kau jadikan aku agar kuat sekuatnya & kurniakan aku setinggi kesabaran agar aku sentiasa sabar & kuat dalam setiap ujian yang kau timpakan padaku.Amin..

kalau dulu tiap x hadirnya ramadhan..Adalah kiranya akan ada insan mengucapkan selamat berpuasa padaku.Samada panggilan mahupun pesanan ringkas.Namun tahun ni tiada lagi..Pastinya diri mu berbahagia tahun ini di samping isterimu.

Namun,gembirakah dirimu diatas penderitaan orang lain?..Jawab!!..Sayang & kasihnya ku padamu x tergambarkan.Biarpun berulangkali kau kecewakan ku..Namun kemaafanku sentiasa ada..Tapi,kenapa ini hadiahmu untukku?Di mana hatimu?

" Ya Rabbi, aku sedar..setiap ujian yang kau timpakan padaku ini adalah untuk mencungkil imanku.Sedangkan aku lemah Ya Allah.Aku akui, setiap yang kau taqdirkan ada hikmahnya yang tersembunyi.Ya Rahman,terima kasih sekurangnya kau pernah hadirkan insan yang mampu menjadikan diriku sempurna.Yg pernah ku impikan alaupun hanya sementara..Ya Latif,jangan sesekali kau biarkan cintaku pada hambaMu melebihi cintaku padaMu..Kuatkanlah aku & lindungi aku dari putus asa. Jadikan hati ini sentiasa redha dengan setiap ketentuanMu.Amin..

Insan Teristimewa,
Terima kasih kerana pernah hadir melengkapi aku walaupun sementara.Aku bertuah sekali dipertemukan denganmu.Kini,dirimu milik insan lain.Moga dirimu berbahagia.Jangan lupakan aku.Ramadhan ini tiada dirimu lagi.Malah Ramadhan & Syawal yang lain.Yer,aku rindu malah sunyi tanpamu.Jaga diri mu sebaiknya..Salam Kasih..



No comments:

Post a Comment