Wednesday, April 22, 2009

.:: Serasikah Kita? ::.

Saya tengok hampir 90% orng yang tak ok dalam hidup dia terutama kegagalan rumah tangga disebabkan tak ada keserasian. Maka itu keserasian penting untuk kita ambil kisah sebab kalau tak serasi memang susah.

Nisbahnya macam kita bawa kereta, badan kecik bawa kereta besar, sampai kalau tengok dari jauh macam kereta jalan sendiri, tak nampak pun pemandunya. Kan susah??

Anak sulung dengan anak sulung selalunya tak sesuai, dalam istilah lain tak serasi. Pasal? Pasal dua-dua dominan. Susah sikit nak mengalah. Dua dua keras kepala...Alamak!
Sama jugak bongsu dengan bongsu selalunya susah sikit, sebab dua-dua manja, agal kawal situasi. Anak bongsu dengan anak tunggal selalunya bergejolak sebab dua-dua perlukan perhatian, tapi tak nak mulakan.

Sulung bertemu tunggal macamana? Ada keserasin asalkan si sulong tak terlalu tegas. Dan si tunggal pulak tak terlalu mengada-ngada.

Anak tengah dengan anak tengah macamana? Hah, ini memang padan sangat. Dia orang ni boleh memutuskan apa yang mereka nak dengan penuh toleransi Yang satu cenderung macam anak sulong, pasangannya boleh berkelakuan macam anak bongsu. Ini yang dikatakan saling lengkap-melengkapi.

HABIS...kalau dah bertemu jodoh??? Tak kiralah siapa dia, kalau dah bertemu jodoh jadikan itu jodoh anda hingga ke penghujung usia. Perbaiki mana-mana yang rosak...

SULONG DENGAN SULONG

Pasangan ni dikatakan "keras" - boleh jadi tak sehaluan. Ada harapan bertekak hari-hari. Kalau sekarang masih bercinta, perlu perkasakan jiwa sebab nak bawa hubungan ke matlamat perkahwinan bukan senang. Sabar banyak-banyak. Bertolak ansur banyak-banyak sebab dua-dua memang nampak tegas dalam segala hal..

SULONG DENGAN TENGAH

Sulong selalunya bersikap memerintah, si tengah akan berubah sikap jadi penurut untuk mengelak sebarang ketegangan. Kadang-kadang si tengah akan menganggap sulong terlalu menakutkan sebab dia selalu menggertak. Bagusnya, setiap anak tengah serasi untuk siapa je..
Anak tengah kalau dipasangkan dengan anak sulong, selalunya anak tengah makan hati sikit, sebab dia terpaksa rela mengabaikan kemahuan dan impiannya demi pasangan. Tapi, mereka ni sebenarnya serasi sebab kalau anak tengah bole bersikap macam anak bongsu, itulah idealnya.

SULONG DENGAN BONGSU

Inilah kombinasi paling serasi. Dengan sikap dominannya tu, sisulong mudah meminpin rumah tangga sebab si bongsu lebih menurut. Tak gitu? Si sulung dapat mengajar pasangannya untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementera si bongsu dapat seimbangkan sikap seriuos si sulongdengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk-duduk berkhayal memandang masa depan.

TENGAH DENGAN TENGAH

Pasangan ini sangat serasi, dalam istilah lain saling melengkapi. Tapi sikap suka berahsia anak tengah kadang-kadang jadi sebab yang seriuos dalam soal komunikasi. Biasanya apa pun masalah mudah dan cepat selesai sebab masing-masing menjunjung tinggi perdamaian dan cukup mudah berkompromi.

TENGAH DENGANG BONGSU

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulong. Kalau anak tengah menunjukkan ciri sejati, dia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku terutama apabila anak tengah tu perempuan.

BONGSU DENGAN BONGSU

Dua-dua manja. Selalunya susah sikit untuk bergerak senada dan seirama. Berhati-hatilah! Walaupun selalunya menyenangkan tapi kadang-kadang jangan terlalu lihat pada kenyataan hierarki dalam keluarga sebab kalau dua-dua begitu memang susah sikit nak kawal keadaan.
Haaa itu sekadar hasil pengamatan, kajian berteraskan pengalaman dan teladan. Tak wajib betul harus salah. Untuk membentuk hubungan yang serasi kita memang kena ada panduan sikit-sikit. Berjalan di tengah gelap dengan ada satu kandil nun jauh di hujung lebih mudah berbanding berjalan dalam gelap segelap-gelapnya. Tak tau mana yang nak ditujunya.

No comments:

Post a Comment