Monday, March 16, 2009

.:: Jacko Dilelong ::.

.:: X apalah..Allah dah bagi hidayah kat dia..Tu lebih baik kan ::.

HARTA paling berharga Michael Jackson atau Jacko, termasuk bas melancongnya, mahkota dan pintu pagar depan Ladang Neverland miliknya, akan dijual dalam satu lelongan yang pasti akan menjadi ‘Thriller’ sebenar-benarnya.

HARTA paling berharga Michael Jackson atau Jacko, termasuk bas melancongnya, mahkota dan pintu pagar depan Ladang Neverland miliknya, akan dijual dalam satu lelongan yang pasti akan menjadi ‘Thriller’ sebenar-benarnya.

Lebih 2,000 barangan milik bintang pop kontroversi itu, termasuk sarung tangan bertatah kristal Swarzovski, akan dikeluarkan dari simpanan Jackson untuk dilelong di Beverly Hills selama empat hari bermula 22 April depan.


Antara yang besar ialah bas melancong mewah sepanjang 15 meter, kaunter dapur marmar, kerusi kulit dan tandas membasuh punggung yang boleh mencecah harga hingga RM221,000.

Satu potret yang dilukis pada 1995 yang satu ketika pernah tergantung di ruang menanti Neverland yang menunjukkan Raja Pop itu berpakaian Elizabethan sambil memegang mahkota di atas bantal, mungkin dapat dijual dengan harga RM22,000.

Sementara sarung tangan yang dipakai penyanyi itu ketika membuat persembahan pentas untuk lagunya, Billie Jean, dijangka mencecah harga RM55,400.

Pintu pagar Neverland yang mempunyai nama Michael pada lambang keluarga diraja Britain pula boleh dijual dengan harga sekurang-kurangnya RM110,000.

Jaket yang dipakai Jackson pada majlis 10 November 1984 untuk merasmikan bintangnya di Walk of Fame, Hollywood boleh mencecah sehingga RM73,000.

Cerek teh mirip kereta bomba yang rodanya akan berpusing jika diangkat, dijangka membolehkan Jacko menambah pendapatannya sebanyak RM737 lagi, manakala patung plastik menunjukkan penyanyi itu membuat mimik muka yang digunakan ketika membuat penggambaran video Ghost pada 1997 akan dilelong dengan harga permulaan RM7.700.

Tali pinggang yang dipakainya untuk penggambaran video Moonwalker pula dijangka dijual pada harga RM3,000.

Secara keseluruhannya, pakar menjangka Jacko yang berdepan masalah kewangan yang teruk akan memperoleh RM11 juta hasil lelongan itu setelah ditolak derma kepada badan kebajikan, Musicares.

“Michael Jackson mempunyai koleksi yang pelbagai. Kami tidak pernah melihat koleksi sebanyak itu. Dan lelongan yang dijalankan akan menjadi hebat dan saya percaya tidak akan ada lelongan seperti ini lagi pada masa depan,” kata presiden syarikat lelongan terbabit, Darren Julian.

No comments:

Post a Comment