Thursday, March 05, 2009

.:: Ibu Bapa Model Terbaik ::.

Wujudkan keluarga bahagia bagi lahirkan anak cemerlang dalam pendidikan dan kerjaya

Mengharapkan kecemerlangan anak dalam pelajaran atau kerjayanya menjadi sebahagian impian ibu bapa. Banyak perkara perlu dilakukan mereka dalam menjana kecemer langan anak.

Jika ibu bapa gagal menjalankan peranan dan tanggung jawab, tentu impian mencipta kejayaan buat anak akan gagal.

Bermula dengan peranan mendidik ketika anak masih kecil di rumah, ibu bapa model terbaik yang perlu dicontohi anak-anak.


Berikut antara peranan yang perlu dimainkan ibu bapa:

1. Memberi semangat.

2. Memberi dorongan.

3. Memberi galakan.

4. Memberi perangsang.

5. Mengambil berat.

Semua elemen itu hendaklah dilakukan dengan penuh hikmah dan bijaksana. Antara kelima-lima elemen itu, paling penting ialah ‘mengambil berat’ kerana ramai anak merasakan diri mereka tidak dikasihi apabila ibu bapa gagal mengambil berat diri mereka.

Ada kalangan mereka sengaja melakukan sesuatu yang tidak disukai ibu bapa semata-mata menagih simpati dan perhatian orang tua.

Ada anak sanggup melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya semata-mata mahu ibu bapa kembali memberi perhatian terhadap mereka.

Mengambil berat

Mengambil berat sepatutnya menjadi ‘rutin’ ibu bapa, kerana jika ia berlaku sekali sekala, pasti kesannya tidak ke mana, bahkan anak-anak boleh tersalah anggap terhadap tindakan ibu bapa dan timbul meluat dalam diri mereka.

Perkara yang sepatutnya diambil berat sebagai rutin an taranya ialah:

1. Bagaimana dengan peralatan atau kelengkapan, keperluan anak anda? Adakah ia mencukupi? Tidakkah anak anda kekurangan apa yang dia perlukan atau apakah yang di sediakan lebih daripada mencukupi atau berlebihan.

Jika tidak mencukupi pasti ia perlu meminjam daripada rakan, ini mungkin mengajar anak anda sifat kurang baik.

2. Bagaimana perkembangan anak kita ketika di sekolah atau di tempat kerjanya termasuk akademik, akhlak dan kualiti kerjanya?

Adakah kerjayanya kini perlu kita beri pujian atau insentif? Apakah sebenarnya insentif yang bersesuaian untuk ker jayanya? Jika kita hanya memandang sepi kemajuan yang ditunjukkan, mereka mungkin menganggap diri mereka tidak dipedulikan. Inilah perkara yang patut ibu bapa elakkan.

3. Bagaimana akhlak dan disiplin anak dalam bidang yang diceburi? Kalau mereka perlu diberi nasihat, motivasi atau tindakan yang lebih keras seperti rotan, anda harus me laksanakan.

Jika lambat bertindak, kita akan menanggung risiko akibat kecuaian itu. Cuba fikirkan apakah pula yang patut anda ucapkan atau berikan seandainya ia memang terbukti ber akhlak baik dan berdisiplin.

4. Kita mesti mengambil tahu keadaan anak ketika di rumah. Pastikan apa yang mereka lakukan bermanfaat dan tidak berbahaya.

Membiarkan begitu saja, terlalu mudah mengizinkan, terlalu mudah untuk cuba dibohongi, adalah kesilapan besar yang akan membawa padah kepada ibu bapa.

Kesilapan kita ini akan dijadikan ruang kesempatan untuk mereka mempelajari sifat negatif. Jadi, bertindaklah dengan bijaksana dalam mengawasi segala sepak terajang mereka setiap masa.

Kita bukan saja berperanan sebagai ibu bapa, tetapi guru, bahkan polis atau ‘mata-mata gelap’ bagi memastikan mereka bertindak mengikut lunas agama.

Peruntukkan masa

Semua yang dikatakan sebelum ini memerlukan pengor banan tinggi ibu bapa. Ibu bapa mestilah pandai mem peruntukkan masa yang secukupnya untuk melayan kerenah anak-anak.

Sekali lagi anda harus bijaksana menguruskan masa. Jangan kerana sibuk mengurus anak menyebabkan anda lalai ter hadap tanggungjawab kepada tugas yang diamanahkan.

Bukti kejayaan cemerlang

Kejayaan cemerlang atas segala usaha anda selama ini hanya dapat dibuktikan diri sendiri. Anda yang menjadi ketua rumah dapat membuktikan bahawa anda berjaya mewu judkan ‘keluarga bahagia’.

Sementara semua penghuni rumah itu dapat merasakan rumah yang mereka diami bagaikan syurga yang aman damai. Semua isi rumah akan mendukung slogan ‘Rumahku syur gaku’.

Bukti kecemerlangan anak

Anak yang terdidik oleh ibu bapa cemerlang dengan kaedah cemerlang akan menamatkan pengajiannya dengan cemer lang.

Walau apa bidang kerjaya yang diceburinya, dia tetap cemerlang. Sasaran utamanya adalah perkhidmatan yang terbaik, matlamatnya adalah kecemerlangan diri dan ma jikan.

Anak ini tidak akan mudah dikelabui dengan wang ringgit. Begitulah kuat imannya terhadap setiap rukun iman.

No comments:

Post a Comment