src="http://www.picamatic.com/show/2008/06/03/05/380056_250x71.gif">
style="padding: 2px; background:#fff0f0; color:#000; font-family:arial;
font-size:11px; text-decoration:none; border:2px solid #d72727;"
href="http://www.Raza4u.com/orkutgraphic.html" target="_blank">



Sepatutnya sy kena resign hari ni coz dapat twrn belajar tp alhamdulillah boleh ditangguhkan utk sebulan lg..wah,pasti girang hati anak2 murid sy bila tahu saya x jd g.heE..mana x, smlm selepas sy bg tahu..semua menangis..

Terkejut rasanya sbb serasa sy belum panas punggung lg tp para pelajar dah rapat dengan sy..syukur padaMu Ya Allah.Serasa sy,sy seorang yg garang & nakal tp boleh pulak pelajar sy masuk dengan sy..

Kadang2 terharu jugak rasanya sbb tiap x kedatangan sy ke kelas mahupun sekolah akan di sambut dengan salam & huluran tangan para pelajar.Tiap hari ada saja buah tangan yang para pelajar akan bawa untuk sy walaupun sekecil lolypop..heE..

Dulu,sy mempunyai persepsi sendiri tentang kerjaya sebagai seorang guru tp alhamdulillah.Sekarang,sy bisa merubahnya & sy gembira dengan kerjaya ini walaupun sekadar guru KAFA..
Segala Pujian & syukur kepada Allah serta selawat ke atas junjungan mulia kita..Rasulullah SAW..sy telah di naikkan pangkat untuk memegang mandat sebagai guru besar JEQAF di tempat sy mengajar selama 2 bulan untuk menggantikan guru yg akan bersalin x lama lg..

Lucu ada jugak rasanya.Tapi,sy belum memberi keputusan samada untuk menerimanya & sy diberi masa 3 hari untuk memikirkannya..Bg anda, mana patut sy ambil? Kerjaya @ Pelajaran?
2-2 pun penting bg sy. Pelajaran mmg lah penting sampai bila2..Kerjaya pula adalah 1 pengalaman hidup..

Saya rasa seronok & bersyukur di kurniakan pelajar seperti mereka.Kebanyakkan pelajar sy adalah anak yatim piatu..tinggal kat PERYATIM bawah Pehin Taib Mahmud.Mewah betul kalau duk kat sana.huU..
Yang kesian nya,ada yang x pandai membaca & menulis.Tapi,sy menggunakan kaedah tersendiri.Sy nak pelajar sy walaupun x reti baca & menulis tp mereka boleh berjaya..Alhamdulillah,setakat ni pencapaian mereka memberansangkan.Guru2 yang mengajar mereka ada yang terkejut melihat mereka mampu membaca & menulis.

Di sebalik kelemahan mereka ini,sy puji pelajar2 ini kerana mereka ada 1 kesungguhan untuk belajar..Mereka x pandai membaca & menulis tp tiap kali pembelajaran, mereka rajin bertanya sehingga faham..kadang2 sampai penat sy nak ulang benda sama & x larat nak jawab sebab di asak dengan pelbagai soalan..heE..

Walaupun kenakalan mereka kadang2 sampai penat rasanya.Hari pertama sy mengajar, serak suara sampai 3 hari..haA..lama2 ok dah..Bila tengok mereka tidur, kadang2 menghafaz surah hafazan sampai terngantuk2..kesian jugak..

Macam2 ragam yang boleh saya lihat & saya ambil iktibar.Saya doakan moga pelajar saya kesemuanya berjaya dalam hidup,pelajaran & menjadi hamba Allah yang ta`at & bertaqwa..Amin Ya Rabbal `Alamin..
No comments:
Post a Comment