Wednesday, February 18, 2009

.:: Erti Sebuah Persahabatan ::.

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana.
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran

Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan
keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan
membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana
kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan
kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..tetapi kita
sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa
memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita
memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa
dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri
kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada
cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana
dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan
menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila
terasa lemah, agar tidak rebah.?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar
harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya
bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat

Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan
kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang
sahabat..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin
sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg
ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu
kekalutan..
Kita tidak tahu.
Tetapi.jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin
kita
akan tahu..

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA
TERSIMPUL SEGALA-GALANYA

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang,
ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi
mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa
mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah
sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan
kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.
(Hukamak)

No comments:

Post a Comment