Sunday, February 15, 2009

.:: Khasiat Air Aura ::.

Khasiat Air Aura



PERNAHKAH anda mendengar, termos yang biasanya digunakan untuk menyimpan air, bukan saja boleh berfungsi mengekalkan kepanasan air bahkan turut ‘berupaya’ menghasilkan khasiat terhadap kandungan air dalam termos berkenaan.

Lebih daripada itu, ia mampu meningkatkan kandungan alkali dalam air berkenaan ke tahap optimum yang sesuai untuk kegunaan harian dan baik untuk kesihatan tubuh badan.

Ia kedengaran pelik, tetapi itu kelebihan jika menggunakan termos yang juga berfungsi sebagai produk kesihatan, Air Aura Dr Jabbar, keluaran Kumpulan Al Jabbar.

Menyentuh mengenai termos berkenaan, ia berfungsi umpama sebuah mesin air mikro elektrik serta dapat menghasilkan air minum berkhasiat dengan tahap optimum berpotensi negatif.




Ia mempunyai molekul halus, tinggi kandungan oksigen dan kandungan mineral yang sesuai untuk kehendak tubuh badan termasuk elemen mikro yang diperoleh dalam tempoh seminit.


Dengan tahap alkali yang optimum, ia menstabilkan persekitaran asid dalam badan manusia bagi meningkatkan daya tahan badan.

Selain itu, molekul air yang kecil dihasilkan Air Aura Dr Jabbar dapat meningkatkan kadar mikro peredaran badan dan metabolisma. Air yang bermolekul kecil itu dinamakan juga ‘air hidup’.

Malah, ia turut meningkatkan jumlah oksigen, membuang bahan yang tidak diperlukan, kandungan racun dan melambatkan proses penuaan. Kandungan oksigen yang tinggi meningkatkan kualiti tidur dan memberi kesihatan kepada otak.

Cara menggunakan termos Air Aura ini amat mudah. Jika menggunakan untuk kali pertama, pastikan anda mengisi termos dengan air panas untuk tempoh lima minit untuk mematikan bakteria.

Selepas membuang air panas tadi, isi termos Air Aura Dr Jabbar dengan air minuman. Kemudian, dalam tempoh beberapa minit, air akan ditenagakan dan siap untuk diminum.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Al Jabbar, Kamaruzaman Che Hussain, berkata air daripada termos Air Aura Dr Jabbar boleh digunakan untuk membasuh dan mencuci luka termasuk bahagian kulit yang terkena jangkitan kuman.

Beliau berkata, air yang digunakan pada peringkat ini berfungsi membantu melegakan kesakitan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.

“Antara kebaikan Air Aura Dr Jabbar ialah meningkatkan tenaga, menggalakkan penguraian sel-sel, pengedaran darah, imunisasi dan sistem endokrin.

“Ia juga memusnahkan bakteria, mengurangkan inflamasi dan radang kulit, melindungi DNA dari rosak, mengurangkan proses penuaan dan memberi fokus yang lebih baik,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai produk ini, hubungi Al-Jabbar Healthcare Sdn Bhd di talian 03-87379476 atau 03-87344117 atau datang sendiri ke 13, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, Seksyen 1, Kajang, Selangor atau laman web healthcare@aljabbar.com.my atau www.aljabbar.com.my.

No comments:

Post a Comment