Saturday, February 07, 2009

.:: Hanya Nur Aliya Seorang ::.

Perasaannya berkecamuk. Bagaikan kering air mata menangisi berita yang disampaikan oleh Doktor Ikhwan. Alangkah remuknya hati seorang isteri yang ingin menghadiahkan qurratu ain yang cukup bermakna buat suami yang tercinta. Dia menangis teresak-esak.Mana mungkin untuk menolak takdir yang ditetapkan oleh Allah Taala sejak azali lagi Basah lenjun bantal di bilik tidurnya menjadi mangsa. Namun, apa lagi yang mampu dilakukan Aliya selain menangis. Ya, takdir adalah satu hakikat yang perlu diterima, namun jiwanya diakui terlalu lemah untuk menerima ujian ini.
“Ya Allah, tabahkan hati ini…….”Aliya merayu dalam tangis. Hanya kepada Allah mampu dipanjatkan doa agar dirinya ditabahkan dalam menghadapi ujian ini.Aliya sama sekali tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan suaminya nanti apabila mendengar berita itu.
“Aliya, Kenapa ni? Abang rasa dari tadi isteri abang menangis”?Zahid yang baru sahaja pulang dari kerja cuba bersuara dengan lembut memujuk isterinya yang sudah dilanda banjir.
“Abang…..tadi Doktor Ikhwan telefon. Dia nak cakap dengan abang..Tapi Aliya bagitau abang tak ada, dia sampaikan satu berita!”
“Berita? Berita apa ye?”
“Abang..,Aliya di dalam sedu cuba mencari kekuatan diri untuk mengungkap khabar.
“Doktor Ikhwan mengesahkan, hasil pemeriksaan kita baru-baru ini, kita tidak akan mendapat anak. Aliya tak mampu mengandung bang!!”Aliya menggagahkan dirinya bersuara sekalipun diiringi tangisan yang semakin kuat.
“Innalillahi wainna ilahiraji’un”Zahid mengeluh panjang. Menutup muka dengan kedua-dua tapak tangannya. Aliya pasti suaminya turut menangis.
Rumahtangganya cukup bahagia . Malah tiada siapa pun yang dapat menafikan kebahagiaan rumahtangga mereka. Seorang jejaka yang sudah lama menaruh hati kepada gadis idamannya yang rupa-rupanya adalam diam Aliya turut menyimpan kasih yang terpendam. Aliya, satu nama yang cukup gah di kampus pengajian mereka satu masa dulu. Menjadi idaman bukan seorang di kalangan pemuda-pemuda yang terlibat dengan gerakan di kampus. Tiada siapamenduga di dalam diam, hubungannya terbina dengan cukup indah dan terjaga dengan seorang seniornya, Zahid. Walaupun berbeza negeri kelahiran dan jarak umur yang agak jauh memisahkan mereka, namun takdir Allah S.W.T mempertautkan antara dua hati, Zahid dan Nur Aliya.
Masih terbayang jelas di ruang fikiran Aliya, episod demi episod di dalam hubungan kasihnya dengan Zahid,insan yang kini menjadi bergelar suami buat dirinya,
Tanpa sebarang dating dan hubungan terlarang antara dirinya dengan Zahid, mereka dijodohkan setelah mendapat persetujuan di antara kedua-dua belah keluarga. Rupa-rupanya, Zahid melakukan langkah yang lebih drastik apabila bertindak nekad menghantar rombongan peminangan ke rumahnya. Mereka dijodohkan dengan begitu ringkas. Tanpa majlis perkahwinan yang memakan belanja yang besar dan tanpa diiringi paluan kompang yang menggamatkan seluruh kampong, mereka bergelar suami isteri yang sah.
Saat-saat manis bermula di dalam kehidupan bagaikan bunga-bunga yang kembang mekar disirami dengan titisan-titisan hujan di malam hari. Keharuman melebar ke segenap ruang pelusuk taman.
Aliya akui, suaminya cukup baik. Perkongsian hidup dengan Zahid baginya adalah satu pengalaman yang cukup indah. Tidak sesekali Zahid meninggikan suara biar betapa letih menguasai dirinya. Bahkan, cukup bahagia dirinya sebagai seorang isteri dilayan dan dibelai oleh suami sebaik Zahid. Aliya akui, bagaikan tiada suami yang lebih baik dari Zahid.
Namun dugaan Allah pasti akan menimpa sesiapa sahaja di kalangan hambanya. Bumi yang mana tak akan ditimpahujan, hidup yang mana tidak dilanda ujian.
Sepanjang lima tahun perkongsian hidup dengan Zahid, merekatidak dikurniakan cahaya mata. Aliya sering melirik cemburu apabila melihat anak-anak kecil bermain di hadapan rumahnya. Apatah lagi apabila mendengar tangisan bayi, bagaikan tertarik-tarik naluri keibuan di dalam dirinya untuk turut sama mempunyai cahaya mata. Namun, Zahid sering kali bijak memainkan emosinya, “kalau dapat anak, mana mungkin lagi kita dapat berpimpin tangan seperti ini…..”
Aliya sering tersenyum apabila mendengar gurauan Zahid sekalipun hati kecilnya begitu yakin bahawa Zahid seperti dirinya, begitu merindukan kehadiran cahaya mata. Hinggalah akhirnya, dia mencadangkan agar mereka bertemu doktor…….
“Aliya sudah yakinkah keputusan ini?”. Zahid meminta kepastian dari isterinya.
“Aliya yakin bang……Aliya sudah istikharah…Aliya yakin, inilah pengorbanan Aliya untuk abang!”
“Aliya, abang tidak perlukan satu lagi sayap. Cukuplah Aliya sayap kiri abang dalam perjuangan…..”
“Abang, tapi abang perlukan zuriat . Aliya tak mampu nak berikan abang zuriat!” Lemah suara Aliya sambil menahan perasaan. Tanpa disedari manik- manik halus mulaberkumpuldi kolam matanya menanti masa untuk ditumpahkan.
“Aliya…..”Zahid menggenggam erat tangan isterinya.
“Abang bukan seperti lelaki yang lain. Cukuplah seorang isteri buat abang dalam melayari hidup ini. Abang kasihkan Aliya, dan selamanya kasih tak akan berubah. Ingatkah dulu, kita pernah berjanji, kasih kita tak akan terlerai, selama-lamanya,kan? Kecuali kita berpisah kerana kematian…kan?Aliya masih ingat?
Aliya terdiam………..
Ruang fikirannya memutar semula satu demi satu episode manis yang menemukan dirinya dengan Zahid. Ya, mereka pernah berjanji, hidup bersama kasih saying dan cinta yang dibina hinggalah tiba tentuan Allah. Mereka juga pernah berjanji, akan menjaga keutuhan mahligai yang dibina agar kekal bahagia, bahagia hingga anak cucu. Sekali lagi Aliya sebak apabila mengenangkan gurauan Zahid yang mahukan anak yang ramai.
“Abang….”Aliya mencari kekuatan yang sering kali hilang sejak akhir-akhir ini.
“Abang, Aliya tahu abang kasihkan Aliya. Namun, abang jua perlukan zuriat. Kahwinilah dia bang! Aliya kenal dia. Malah bagi Aliya, itulah mampu yang terbaik yang mampu Aliya persembahkan untuk abang…..”
Kalau abang ternyata tidak mampu berlakua adil, bagaimana?Aliya bersedia menerima? Aliya , persoalan ini amat berat, terlalu berat buat abang!
“Tidak abang! Aliya yakin dan kenal siapa abang. Abang, Aliya rela berkorban, untuk kebahagian abang!”. Semakin hebat tangisan Aliya mengiringi pengakuannya. Zahid tidak mengerti, bukan mudah untuk seorang isteri melakukan pengorbanan seperti Aliya.
Langit yang mendung malam itu bagaikan mengerti bagaimana perasaan seorang isteri yang ditingagalkan keseorangan. Aliya membelek album kenangan sewaktu bermulanya kenangan indah bersama Zahid. Kadang- kala tersenyum bila mengingati dan bagaimana kemanisan cinta mereka be4rmula yang berakhirnya ke jinjang pelamin. Malam itu,cukup sejuk diiringi dengan hembusan angina yang seolah-olah mengundang turunnya hujan yang lebat dari langit. Namun, gundah di hati Aliya lebih hebat dari itu.
Malam itu, dalam satu majlis yang serba ringkas Zahid dijadualkan akan diijab kabulkan dengan Insyirah, insane yang akan menjadi madu Aliya. Petang tadi, Aliya sudah mempersiaojan Zahid untuk menjadi bakal pengantin. Suaminya turun dari rumah dengan langkah yang berat. Aliya tahu, hati Zahid masih berbelah bahagi.
Insyirah, bekas junior Aliya semasa di kampus dicadangkan Aliya sendiri untuk diperisterikan oleh suaminya. Insan yang bakal berkongsi kasih dan saying dengannya disepanjang hayat. Aliya kenal siapa Insyirah dan cukup menyenanginya. Cuma, kadang-kadang Aliya termangu sendirian, betulkah apa yang dia lakukan? Dan mampukah dia mengahadapi hidup ini kelak? Biarpun sesekali penyesalan bertandang, namun Aliya yakin, itulah pengorbanan yang paling agung yang dapat dilakukan olehnya seorang isteri. Dan sekali lagi, Aliya merasakan, manik-manik halus terasa suam menuruni pipinya. Aliya cukup pasti, waktu ini tentu suaminya sudah tidur lena dengan mimpi indah. NAmun, biarlah dia pula menikmati pula kelazatan bermunajat dengan Tuhan.
Bagaimana pun langkah Aliya terhenti seketika. Ada seseorang yang cuba membuka pagar dan memasuki halaman rumahnya.
“Abang….!Aliya terkejut kepulangan suaminya di waktu yang tidak sepatutnya. Lantas spontan dia tunduk mencium tangan suaminya, namun kali ini tidak seperti biasa, Zahid tidak ingin melepaskan tangannya.
“Aliya…….!”
“Abang berbincang panjang dengan Insyirah dan ayahnya. Abang tak akan berkahwin lain!Aliya, dalam hidup abang, Aliya hanya seorang…..!Serentak dengan itu, Aliya teresak-esak di dada suaminya…

No comments:

Post a Comment