Thursday, May 19, 2011

~ Laman Bisu? ~


Bismillah walhamdulillah..Puji & syukur buat Tuhan yg menciptakan sekelian  alam.Maha Suci Engkau yang menciptakan sesuatu tanpa sia-sia..

Sudah lama rasanya tidak saya mencoret dilaman bisu ini. Nak kata busy, takdalah pun Cuma yang boleh dikatakan, MALAS!!~ Sedar x sedar, Imtihan bakal menjelang dalam beberapa hari lagi, MasyaAllah..apa persediaan yang telah saya sediakan? Tepuk dada Tanya diri la Nur

Dalam kesibukan Imtihan yg bakal menunggu, banyak program anjuran Imsak yg masih belum terlaksana & bakal dilaksanakan. Minggu lepas, Jaulah Mahabbah AJKT Imsak ke muhafazah Tanta & Mansurah.

Saya ke Tanta agak awal drpd yg lain sebab dapat undangan dari kawan suruh buat donut & kek cheese. Tetiba teringat kat kawan yang nak makan kek lapis Sarawak tp dah habis pun. Jd sy pun buatlah untuknya sekali tp hampanya hati saya sebab kek tu x jadi. Hangus & keras L uwaaa..tp sebab nak g Mansurah dah keesokan harinya, maka saya kasi jugak. Segannya & x lupa buat seorang insan ni, saya bagi coklat Cadbury `ala syan..dia minat makan coklat..

Di Tanta juga, saya tidak melepaskan peluang utk membeli “Madu Fathallah” – Habbah Barakah -2 in 1.  Madu ni, dahulu seorang insan pernah bagi kat saya. Teringat makan sampai berdarah hidung.heE!~ tp sekarang x da lagi org nak kasi madu. Nak beli madu d Cairo, mahal . jd, sy pun beli 3 botol & sejak itulah, sy suka makan madu.

Minggu depan lak, Imsak akan mengadakan lawatan ke Alex tp saya x nak pergi sebab nak tumpukan pada imtihan. Itu yg lebih penting..InsyaAllah esok hari, akan diadakan “Gempur Imtihan” di Musolla SHOAW, Asrama Kenyalang & penceramah jemputan Ustaz Zuhaili yang telah ditaklifkan sebagai Presiden PMRAM 2011/2012.

Apa saya nak coret ya..Seminggu dua ni, hati saya sering sedih, x tau kenapa..barangkali saya tau tp saya x mampu nak huraikan disini. Itulah yang dinamakan hati. Hanya pada Ummi, Abi, Ina & Guru saya, Habib Muhammad Alwi Al-`Attas, saya kabarkan. Benar sekali telahan Habib, saya merindukan family saya, guru-guru saya, sahabat-sahabat saya & oarng yang saya sayangi.  Bisikan doa yang Abi Ummi & Habib doakan, benar-benar menyentuh hati naluri sy yg sememangnya dah sedih..Sy rindu sangat-sangat pada insan-insan yg berada disekeliling sy.

Wpun, zahirnya..sy kelihatan kasar namun, saya mempunyai hati yg amat mudah tersentuh. Sy lebih suka memendam dihati wpun luaran kawan-kawan sering mengatakan saya seorang yg ceria, sentiasa tersenyum girang. Iya, itulah saya..pedihnya saya simpan di dlm hati. Hanya insan yang bertuah bisa saya luahkan.

Hari ni juga, saya , Abg Man & Akmal telah pergi ke Ma`arid Kutub di Kuliah Dakwah & Kuliah Tibb,  Haiyu Sadis..wpun ma`aridnya kecil . Sy kesana utk mencari kitab yang Tok Guru saya amanahkan utk saya & Abg Man mencarinya. Sekian lama kami mencari..Alhamdulillah, saya ketemu jua. Subhanallah..Jika teringat kisah tentang kitab ini, membuatkan saya sering berfikir sesuatu. Smga Allah memberi hikmah dalam setiap kejadian. InsyaAllah..

Sekarang. Saya dlm usaha utk mendietkan diri..huU!~ harapnya berjaya. X suka sekali bila orang hina & kata kita ni gemuk & pendek sedangkan org gemuk pun ada hati perasaan kan.  Dah turun 7kg dlm masa seminggu. Sengsara jugak nak slim kan . Mudah2han pasni x da org hina sy lagi.

Saya teringat Ummi Abi lg.. tahun ni barangkali saya tidak dapat balik beraya bersama kalian. Kemungkinan saya akan ke Daruz Zahra’ Yaman utk Daurah selama 40 hari. Itu Cuma perangcangan, Ini kerana, nak balik tahun ni x da fulus.. dah 2 tahun sy x minta bantuan Baitulmal. Yayasan saya ditolak permohonan. Sengaja saya x minta baitulmal sebab nak tahan diri dari menggunakannya dgn sia-sia.

Yayasan Sarawak pula, Ummi kata, barangkali ini jawapan utk istikharah saya. L maafkan Nur Ummi. L saya masih kuat untuk belajar di Mesir. Walaupun Nur tau betapa payahnya Nur disini bila amik kos Usul sorang. Sedih memang sedih tp saya pantang menyerah. Biarlah saya usaha dulu . Seandainya sampai 2 thn juga sy blm bisa naik tahun, A`uzubillah..saya akan fikir yang selewatnya. InsyaAllah..

Ada sebab sy x boleh nak study d Msia..bukan x nak tp .. Allah Maha Tahu..mudah2han Mesir tempat saya untuk berjaya.Amin J

Tatkala saya melihat insan-insan lain ada bersama sahabat mereka, saya gembira dalam kecemburuan. Cemburu bila melihat mereka ada teman bersama-sama. Sahabat baik saya semuanya d Malaysia. Hanya fb & telefon sahaja penghubung kami.majoriti dah kawin, jadi..saya harus memahami situasi mereka . sahabat baik saya ada 2 – Safiyyah & Nurul Izzati..

Inilah sahabat suka duka saya. Yg membezakan kami jarak shj. Belajar, tidur bersama..Ya Allah, terima kasih sebab mentaqdirkan pertemuan ini. Klu dibolehkan, saya ingin sahabat saya dekat dengan saya. Dikala dia sedih, saya bisa memeluknya, menenangkannya.

Sy rindu pada mereka..kita mungkin banyak kawan, tapi bukan semuanya bisa menjadi sahabat susah senang.Betul x?

Doa sering daku panjatkan, agar insan disekelilingku bahagia dunia akhirat.

Baru-baru ni, saya berkenalan dgn seorang kawan yg berada d UK. Dia ingin datang ke Mesir & Jordan utk pergi ke Laut Mati & Laut Merah.Kerana dia mempunyai maslahat tertentu. Cuma, sy berfikir, bagaimana bisa saya membawanya ke Laut mati sedangkan ia di Jordan.  Mujur sy teringat Ust Nik Azran ada menjual garam & tanah Laut Mati. Mudah2han kerisauan kawan sy ini akan terubat sedikit. InsyaAllah..

Tahun ni, saya akan beraya sorang di cairo sebab semua akhwat Sarawak balik Malaysia L ~ Apalah daya kan. Sape2 nak beraya dengan sy, jomlah.. J

Buat kawan-kawan, Imtihan Fasal Thani akan bermula x lama lagi, study molek & maafkan salah silap saya, halalkan makan minum sy ya & terima kasih segalanya. Bittaufiq wan najah fi jami`el imtihanat wala taj`alna minarrosibin. Amin J

Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.

~ Salam sayang dariku buat semua ~ ^_^

No comments:

Post a Comment