Thursday, November 25, 2010

Menangislah ~




Duhai mata yg sedang menangis..

mungkin tika ini kau sedang bahagia,mungkin juga kau sedang berduka..Apapun situasimu,air yg mengenangi kelopak matamu & mengalir ke pipi ialah anugerah Allah S.W.T yg tak terhingga..ia mampu membuang racun di tubuhmu kemudian di susuli ketenangan jiwa..bersyukurlah pada-Nya kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis...

Aduh!!

sungguh hairan ku melihat orang yg merasakan tangisan itu satu kelemahan...malah mengangapnya satu lambang ketidakmatangan.sedangkan Allah merakam mulia sebuah tangisan dalam firmanNya,:dan mereka menyunkur(sujud)di atas muka mereka sambil menangis&mereka bertambah kyusuk."(surah al-Isra'17:109)
"apabila dibacakan ayat-ayat Allah yg Maha pemurah kepada mereka,maka mereka menyungkur dengan bersujud&menangis."('surah Maryam19:58)

Duhai mata yg sedang menangis..

tahukah engkau,jika di kaji dari perspektif sains,tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yg berguna dalam merawat penyakit berbahaya..Takkala dirimu dalam ketakutan,unsur-unsur berbahaya di jana oleh tubuh...air mata secara semulajadi boleh membuangnya.Otak pula bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada air mata..Bukan itu saja,tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan,kedua-dua bahu&urat-urat dada..setelah tangisanmu reda,kembalilah degupan jantung ke asalnya&ketenangan mula menguasai jiwa.Subhanallah,hebat sungguh penciptaan air mata!

Duhai mata yg sedang menangis..

Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan.sama ada kau lelaki @ wanita,kau perlu pada tangisan.ia menjernihkan kornea & menajamkan penglihatan.ia meringankan ketegangan jiwa.ia mengungkapkan kesedihan lalu merungai beban yg tersimpan.....

Jika kau lelaki,kenapa perlu malu pada tangisan?mungin sosio budaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan.kau mungkin di pisahkan antara diri & perasaanmu sendiri oleh didikan silam.apa pun tak siapa dapat  menafikan kau juga insan yg punya hati & perasaan..isi hatimu kadangkala perlu di luahkan oleh tangisan utk mengurangkan tekanan & risiko penyakit..usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badanmu akan mendapat darurat...

Jika kau wanita,kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki..Tahukah dikau,penyayang-Nya Allah padamu sehingga Dia menciptakan kelenjar-kelenjar air matamu lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lebih banyak daripada lelaki...

Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki.masakan tidak,air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh.doktor pakar mata berkata,air mata penting utk menyucikan mata daripada racun yg keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan & emosi yg tidak stabil...
..
Duhai mata yg sedang menangis..

Sungguh bertuah kau masih mampu menangis..usah di tahan tangisan itu..Luahkan dengan rasa takut & harap pada Tuhanmu,benar tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu..jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu.Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu  utk melonjakkan amal & perubahan utk hari esok...

Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketka gembira @ derita ialah ubat mujarab  utk mencari ketenangan hidup..dengarilah  pesanan Rasulullah s.a.w dalam penyampaikan kalam Yg Esa ,"Aku haramkan  neraka kepada mata yg selalu menangis kerana takut kepada Allah"(RIwayat Ahmad & An-Nasaie)

No comments:

Post a Comment