Ramadhan,
Kau datang lagi,
Bergenang Air Mata kesyukuran,
Kerana masih dapat bersua denganmu.
Ya Allah,
Kau jadikanlah Bulan Ramadhan kali ini,
Sebagai penyuci segala kekotoran hatiku,
Sebagai tarbiyah atas tindakanku,
Sebagai pembimbing akhlaq & pekertiku,
Sebagai penyuluh segala amalanku,
Sebagai pelopor keikhlasanku,
Sebagai penyubur roh kasih sayangku.
Ya Allah,
Peliharalah diriku,
Dari segala godaan nafsu,
& kau berilah petunjuk kepada mereka,
Yg mempersendakan Ramadhan ini,
Yg tidak takut akan kebesaranMu,
Yg tidak takut pada azabMu,
Mereka bangga apabila tidak berpuasa,
& Mereka bangga kalau berpuasa,
Tapi tidak menyembahMu,
Ya Allah,
Tetapkanlah kami pada ketaatan terhadapMu,
& limpahkanlah pada kami,
Rahmat, Keberkatan & KeampunanMu,
Pada Ramadhan kali ini.
Ramadhan,
Kau datang lagi,
Bergenang air mata kesyukuranku,
Mari meriahkan Ramadhan kali ini dengan amal mulia bersesuaian dengan sunnah Rasulullah SAW.
p/s :- Salam Ramadhan buat semua serta maaf zahir & batin :-)
No comments:
Post a Comment