Thursday, August 12, 2010

~ Ahlan Ya Ramadhan ~

Salam..
Selamat berpuasa buat semua umat Islam diseluruh dunia.

Pada families & kawan-kawan yang berada di Malaysia, Salam Ramadhan Al-Mubarak. Moga segala amal ibadah kita di terima Allah swt. Amin!!~

Pada families & kawan-kawan yang berada di Indonesia, Salam Ramadhan ya. Yuk, poso bareng yo. Semoga amal ibadah kita di terima Allah swt juga.Amin!!~

Pada families & kawan-kawan yang berada di Brunei Darussalam, maaf lambat wish sebab korang pun lambat puasa kan? heE..sabar ya.Teropong korang tiap tahun asyik rosak je :-D..Gurau je. Mudahan2han amal ibadah kita juga di terima Allah swt.Amin!!~

Pada rakan taulan yang berada di seluruh pelosok dunia terutama Mesir, Uk, Jordan, Syria, Yaman, China & dimana sahaja, Semoga amal ibadah kita diterima Allah swt.

InsyaAllah, sama-samal kita jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun lepas.Amin..

Pada semua :- Maafkan salah silap saya samda sengaja @ tidak & terima kasih atas segalanya :-)


Sudah masuk2 hari kita umat Islam berpuasa d Bulan Ramadhan ini.Seronoknya saya.Alhamdulillah, tidak terasa penat lagi, barangkali baru permulaan
. Menatikan detik debaran Ramadhan sejak Rejab lagi. Tersentuh hati tatkala melihat di televisyen umat Islam bersolat di Haramain.teringin sekali hati ini kembali kesana.Ya Allah, pilihlah daku untuk menjadi tetamuMu lagi sebelum umurku 30 tahun.Amin!!~

Dibulan Ramadhan ini, rutin harian tetap sama, tidak berubah, cuma saya menyibukkan diri dengan aktiviti sendiri..Kebetulan, Usu saya berdagang di Bazar Satok, saya pun mengambil peluang untuk berniaga puding.Baru belajar dari Mak Su saya. :-) Seperti biasa, puding pandan & puding gula apong,Sedapnya.Apatah lagi di bulan puasa ini. heE..

Saya cuma menumpangkan sahaja di gerai Usu.Komisen seperti biasa lah.Saya pula di rumah, menolong ummi menjahit baju lantaran ummi pun selalu sakit.Risau saya di buatnya.Abi pun dah mula sakit2.Ntahlah,macam-macam yang saya fikirkan.

Abi Ummi pastinya seperti biasa berkata, usah risau. Saya bukannya budak kecil lagi.Rasa tanggungjawab yang di ajar membuatkan saya harus berbuat sesuatu ditambah pula dengan perkara-perkara lain.Tapi Abi Ummi menyarankan saya untuk berhenti kerja.Hanya fokuskan pada pelajaran kerana natijah saya.

Namun syukur Alhamdulillah, Abi Ummi cukup memahami.Tiada yang di harapkan selain kejayaan anak-anaknya. Berfikir kembali, saya mengambil keputusan mengikuti kemahuan Ummi Abi.Mudahan ada keberkatan..Amin!!~

Tawaran kerja datang mencurah-curah. Ada yang suruh jadi baby sitter, guru kafa, guru sandaran, guru tahfiz, penyelia, bazaria, jahitan, pelayan restoran & kerja fotostat..Tapi, antara kemahuan Ummi Abi walaupun setelah berbincang, saya utamakan permintaan mereka.

Pernah bekerja sebagai pelayan restoran,bazaria,penyelia & bermacam - macam lagi.Penat, pahit manis, semuanya ada. Siapa bilang jika menuntut bahagian agama tidak dapat buat benda lain.Jangan sesekali sempitkan pemikiran kita pada 1 skop sahaja.Luaskan.Ambil pengalaman & jadikan pengajaran.

Malam tadi menitis air mata saya ketika berdoa.Saya sendiri tidak tahu kenapa mudah sekali air mata ini menitis. Barangkali kerana saya suka memendam di dalam hati.Tapi apa ya? Saya pun tak tahu.Tapi, antara doa saya semalam, semoga Allah jadikan saya perempuan yang solehah,hafizah, alimah & mujahidah & diberi peluang untuk bertemu Lailatul Qadar.Amin!!~

Target saya sepanjang Ramadhan ini, untuk khatam Al-Qur`an 30 Juzuk.Paling kurang pun 3 kali. Menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun lepas .Yang bukan sekadar puasa menahan lapar dahaga.InsyaAllah..

Ramadhan juga membuatkan saya terimbau kembali insan-insan yang pernah saya sayang yang telah meninggalkan saya..Rindunya pada kalian.Sangat-sangat rindu namun siapalah saya untuk menolak takdir Ilahi. Saya akan cuba & terus mencuba untuk rasionalkan diri .Bersangka baik pada Allah atas apa yang pernah terjadi.

Ya Allah, bantulah hambaMu ini.Amin..

Baiklah, setakat ini dulu coretan di skrin bisu buat kali ini.Semoga kita semua berjaya memperolehi redha Allah swt.Amin!!~

Allahu Akbar 3x.

No comments:

Post a Comment