Tuesday, November 16, 2010

~ Salam `Aidil Adha ~



Assalamualaikum..
Salam `Eidul Adha buat seluruh umat Islam diseluruh dunia :-).

لبيك اللهم لبيك,لبيك لا شريك لك لبيك انا الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك

كل عام وأنتم جميعا بألف خير وتقبل الله منكم الطاعات
***********************************************************************************

Qurban merupakan satu tuntutan sunat yg wajib kepada org islam yg berkemampuan. Peristiwa Nabi Ibrahim A.S dan anakandanya Nabi Ismail A.S perlu di ambil teladan dan dihayati oleh seluruh umat islam.

Al-Qur'an menegaskan hakikat Qurban, melalui kisah Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail tercinta dalam surat Al-Shaffat, ayat  102-109. Kisahnya begini; Nabi Ibrahim berkata kapada Nabi Ismail : "Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu?" Nabi Ismail menjawab seketika dengan tenang dan penuh keyakinan : "Wahai ayahku, laksanakanlah apa yang diperintahkan (oleh Allah) kepadamu, kau akan mendapatkanku  insya Allah  termasuk orang-orang yang sabar".

      ****************************************************************************************

Tinggal beberapa jam lagi, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha @pun lebih popular dengan panggilan Hari Raya Korban. ~ malah Aidil Adha bukan sahaja sambutan terbesar bagi umat Islam selepas `Aidilfitri ^_^

`Aidil Adha disambut pada 10,11,12 & 13 Dzulhijjah pada setiap tahun & sambutan ini akan dimulakan dengan takbir Aidil Adha pada malam 10 Dzulhijjah serta diikuti solat sunat & khutbah.Kemudian barulah diadakan ibadah korban pada siangnya.
Selain itu, ibadah korban juga mengingatkan kita pada peristiwa Nabi Ibrahim AS yg sanggup menyembembelih anaknya Nabi Ismail As kerana patuh akan perintah Allah SWT dalam menunaikan janjinya.

Kedatangan hari yg mulia ini membuatkan saya bertanya pada diri sendiri, pengorbanan apakah yg telah saya lakukan kepada keluarga,agama, nusa bangsa & negara selama 23 tahun ini. Ataupun tidak satu pun pengorbanan terutama yg saya curahkan sepanjang nikmat usia yg Allah anugerahkan pada saya serta, adakah pengorbanan yg saya lakukan benar-benar ikhlas dr lubuk hati @pun sekadar untuk kepentingan diri sendiri.Astaghfirullah..

Seringkali saya mengingatkan diri saya sendiri bahawa setiap perjuangan yg dilakukan pasti adanya pengorbanan & apakah selama hayat ini aku sudah benar-benar berjuang atau memadaikan pengorbanan yg aku lakukan.Apakah masih ada kepincangan dalam pengrbanan yg aku lakukan sehingga ada ketikanya aku khilaf hingga tersilap langkah? 

Namun, untuk menoleh kebelakang kembali, bukanlah jalan yg terbaik,Namun sekali sekala juga, harus saya menoleh ke belakang, agar saya bisa mengingatkan diri bahawa ada yg di bawah, agar bisa menjadikan masa lalu sebagai panduan perjalanan pada masa hadapan.

Pilihan yg ada ditangan saya ialah, terus melangkah sambil mengharap akan hadirnya sinar di hujung jalan & sentiasa dipandu oleh Allah swt.Mengharap Allah sentiasa memandang saya dalam pandangan kasih sayangNya & tidak membiarkan saya hanyut tanpa sempadan.Amin ya Rabbal `Alamin. ^_^

Akan tetapi, saya sering tanamkan dalam diri sifat yakin & percaya dalam diri,Setiap ujian yg Allah timpakan pada saya adalah ujian untuk mematangkan & memantapkan diri untuk berjuang meneruskan kehidupan di bumi Allah telah dipinjamkan pada saya.InsyaAllah,pengorbanan yang ikhlas, akan mendapat balasan yg baik dari Allah.Yg penting,nawaitu kita.

Walaupun saya akui, sebagai manusia, saya tidak lari dari melakukan kekhilafan samada sedar @ tidak..Entah kenapa saya menjadi seorang yg tidak cukup penyabar sejak seminggu ini.Adakah kerana peristiwa-peristiwa yg berlaku semenjak dua ini. Ya Allah,Ampuni daku.

Saya memohon agar segala pengorbanan yg saya lakukan selama ini ( sekiranya ada ), akan mendapat hikmah dalam setiap liku perjalanan hidup saya.Rasanya terlampau sedikit pengorbanan saya terhadap Ummi Abi apatah lagi Islam.

Tahun ini, saya bakal sekali lagi mendengar takbir raya tanpa insan-insan tersayang yg telah meninggalkan saya.Al-fatihah buat Nenek Datukku. Allahyarham Datuk Awg Abd Rahman & Allahyarhamah Isterinya Nenek Dygku Lela serta Allahyarham Datuk Jemain & Allahyarhamah Isterinya Nenek Jidah .Nur rindu sangat pada nenek & datuk semua.

InsyaAllah, usai solat raya Aidiladha nanti saya akan menjenguk ke pusara datuk & nenek.Pastinya akan membuat air mata ini menitis tanpa sedar entah utk keberapa kali.Pastinya sambutan raya kali ini amat berbeza tanpa insan-insan yg amat saya sayangi & hormati.

Saya masih ingat, nenek datuk adalah insan yg paling sibuk sekali menyiapkan kelengkapan raya.Terutamanya nenek akan bab-bab masakan.Memang sedap masakan nenek.Kampung Baru semua kenal nenek dengan masakan nya.Datuk pula insan yg sentiasa memeriahkan masjid dengan suaranya mengazankan,bertakbir,tahmid dan sebagainya.

Tidak lagi panggilan mesra & manja “ Si Bujuk “ & “Doktor Bujuk“ untukku :-( .Tiada lagi, panggilan untuk saya berkhidmat membuat masakan & minuman untuk nenek.Tiada lagi teguran,nasihat yg akan dengar serta petua-petua & gurau senda dari datuk nenek :-(..Andai masa bisa diputar kembali,ingin saya dakap nenek & datuk. Sebak hati ini,pilu rasanya, ketika saat-saat akhir nenek, saya tiada disisi.Tidak sempat kembali..

Setelah saya siapkan segalanya untuk meraikan diri kalian.Nyata, siapalah saya untuk melawan takdir Ilahi.Sedang saya berhempas pulas untuk menghadapi imtihan terakhir, berkemas-kemas untuk pulang,rupanya nenek berperang dengan maut.Pada imtihan tersebut hati & fikiran saya tiada pada paper tersebut.Hanya doa dipanjatkan buat nenek tersayang.Tinggal beberapa hari lagi bakal ketibaan saya di bumi Malaysia bersama Abg Man.

Itu pun dikira pengorbanan kan.Pengorbanan untuk masa depan & perasaan & fikiran yg berkecamuk. Saya tersentuh, bila nenek meninggalkan pesanan,pujian & barang untuk saya..Alhamdulillah,nenek meninggalkan gelang emas untuk saya satu-satunya.Pesanan agar menjadi insan berjaya & perempuan solehah.InsyaAllah nenek, akan Nur sematkan dihati & memperbaiki khilaf diri.InsyaAllah..Pujian nya, usahlah saya nyatakan.

Akhirnya, gugur jua air mata ini menyembah bumi.Banyak sekali kenangan indah saya bersama mereka.Dengan datuk  menggendong saya di bahu nya sambil menunggu Abi balik kerja di bahu jalan.Itu kecil-kecil dulu.Datuk sering mencium saya & menggesel pipi saya dengan janggut nya.Kalau nenek pula, habislah saya dicubitnya.Katanya saya seperti “Ulat Mulong” ^_^ heE!~

Sesungguhnya, belum sempat saya membalas pengorbanan & kasih saying mereka.Walaupun saya sedar,tidak ada apapun yg mampu disamakan nilai & pengorbanan mereka.Tanpa mereka nenek & datuk, masakan bisa hadirnya Ummi Abi.Sudah pastinya tanpa Abi Ummi, pastinya saya tidak dapat melihat dunia ini.Jadi, Kesyukuran & terima kasih saya tetap untuk nenek datuk pasti tidak saya lupakan.

Terima Kasih atas segalanya nenek datukku.Moga Allah membalas setiap pengorbanan kalian dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.Tapi, seandainya sempat saya membahagiakan kalian lagi  seperti masa lalu, alangkah bertuah dan bersyukur sekali.

Jadi, sempena kedatangan `Aidil Adha ini, berkorbanlah selagi masih diberi peluang. Malah, bukan hanya sekadar pada sambutan ini, akan tetapi haruslah berterusan sepanjang masa.Namun ingatlah, biarlah pengorbanan itu wajar, sesuai & betul pada tempat & masanya.

Buat yg mampu berkorban pada tahun ini, Alhamdulillah,bisa menjadi tunggangan kita menuju hari akhirat kelak.Amin..


“ Tidak akan sampai kepada Allah daging & darah qurban itu,tetapi yang sampai 
kepada-Nya taqwa dari kalangan kamu semua “ ~ Surah Al-Hajj ayat 37 ~

Dikesempatan ini, saya memohon kemaafan atas segala salah silap saya sama da sedar @ tidak.Semoga Allah menerima segala amalan kita & memandang kita dengan pandangan rahmat serta melimpahkan kebaikan buat kita semua serta memberi pengampunannya.Amin.

.Selamat Hari Raya `Aidiladha.Maaf Zahir Batin .
~ Nurjannah Omon ~

3 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam Nur dan Semua Muslimin dan Muslimah, Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha!

Anonymous said...

selamat hari raya aidiladha.. :)

.:: Dr. Nur ::. said...

Moh :- Thanks & Salam `Aidil Adha gak :-)

Si Cute :- Salam `Aidil Adha. Kullu `am wa enti toyyibah bialfi khair.

Post a Comment