Friday, October 08, 2010

~ Salam Aidilfitri 1431 H ~




Assalamualaikum & Salam Lebaran..

Maaf zahir & batin saya ucapkan kepada sesiapa yang mengenali diri ini mahupun tidak & maaf sebab sudah tinggal sisa hari Syawal yg berbaki baru saya mengucapkan. :-D hehe..
Bukan apa, sibuk & ternyata raya kali ini lah yg saya rasa paling kamboh & penat tapi best sepanjang sy hidup.

Mana tak nya, tak menang tangan saya dibuatnya.Tetamu yang tidak putus-putus hingga jam 12 tgh malam..Mujurlah segalanya sudah disediakan awal-awal lagi..

Sepanjang lebaran ini ada kenangan suka duka. Dukanya kerana raya kali ini tidak meriah sudah tanpa kehadiran datuk nenek. Kalau dulu, kami pasti berjabat tangan nenek & menciumnya serta bergurau senda.Pasti nenek datuk meluangkan masa untuk tidur,memasak bersama-sama kami..

Sukanya pula sebab tahun ni raya paling meriah, ditambah pula kawan-kawan yang seperti cendawan yang akan menamatkan zaman bujang mereka..Barakallahulakuma wa jama`a bainakuma fil khair..saya pula, bila lg?hihi..Segalanya biarlah saya serahkan kepada Allah setelah hati ini pernah tercalar satu masa dulu.Saya yakin, Allah akan memberikan saya jodoh yang lebih baik.Amin Ya Rabbal `Alamin.

Maaf, pada sahabat sekalian yang telah menjemput saya ke majlis pernikahan kalian..saya tidak dapat datang memandangkan budget yang tidak mencukupi & juga hambatan masa.InsyaAllah, moga Allah mentakdirkan pertemuan yang lebih baik buat kita 1 hari nanti.Amin !!~

Buat rakan-rakan yang sudi datang ke teratak buruk saya, terima kasih banyak2..& pada sahabat saya yg kecil molek yang duk d mesir tu..jaga la diri baik-baik..hihi..

Baru-baru ni saya telah pergi ke Negara Minyak iaitu jiran saya sendiri Brunei Darussalam..saya kesana selama 10 hari & agak seronok sebab di bawa ke Bandar Seri Begawan, Seria, Tutong, Kuala Belait dll lagi..

Saya pergi kesana adalah untuk menziarahi sanak saudara.Kebetulan mereka membuat Majlis Doa Selamat untuk anak mereka yang merupakan sepupu saya yang bakal melanjutkan pelajaran ke Uk untuk mengambil Master & phD..

Kak Shikin :-phD ( TESL )
Abg Shahrul :- Master (HR )
Dania:- ?? Menetap sambil melancong & melencong bersama Yan & Ummi la.. :-D haA!!~

1 keluarga ni nak g sambung belajar,Bestnya :-)

Saya pun berharap, andai 1 hari nanti, saya bakal mendirikan rumahtangga, saya berharap, bakal suami saya masih mengizinkan & menyokong serta membantu saya untuk belajar menuntut ilmu sampai la phD & menjadi Profesor.Amin ya Rabbal `Alamin.

Seronok dapat tengok anak buah yang makin cerdik & membesar iaitu Dania & Oshin.huU!!~ puas mendukung mereka kesana kemari..Dah pandai jalan & bercakap.

Yang paling saya teruja dapat masuk Dewan canselor melihat abg sepupu saya grad.Congrats Abg Zizi!!~ Moga pasni kejayaan terus bersamamu.Amin!!
Dapat tgk Sultan, Putera Mahkota & Pengiran Anak Isteri sarah.Memang cantik,terpegun saya melihatnya live.Sangat humble orangnya seperti yang diperkatakan orang.

Tahniah juga kepada Pengiran Anak Isteri Sarah sebab grad jugak pada hari itu .Sebenarnya,masa tu saya terlintas nak pergi konvo d Mesir tp sayangnya saya dah balik Malaysia.Tak sangka pulak, Allah maqbulkan permintaan saya & takdirkan saya g konvokesyen d Brunei..Allah baddil dengan yang lain.Alhamdulillah. Ya Allah, terima kasih :-)

Erm, kenangan suka duka yang lain,malas saya nak sebut apatah lagi yang sedih kan.Moga saya terus tabah & kuat.Amin!!

Tak dapat nak upload gambar-gambar di Brunei sebab kat laptop saya. Oklah, undur diri dulu. Wslm..

No comments:

Post a Comment