Sunday, August 08, 2010

~ Aqiqah Di Mesir ~

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, Ramadhan bakal menjelang dalam beberapa hari lagi. Semoga kita mampu manfaatkan sisa-sisa Sya`aban yang berbaki.

Syukur kerana kali ini, kami sekeluarga telah membeli 9 ekor kambing untuk d aqiqahkan di Mesir. Bukan dulu tak aqiqah tapi ada asbab yang menyebabkan kami ragu-ragu & jalan terbaik buat aqiqah kembali.

Seronok tatkala melihat gambar-gambar yg diupload oleh teman-teman.Ada yang menyembelih, melapah, mengasah, memasak dan sebagainya :-) Disamping itu para pelajar Sarawak di Mesir berasa seronok kerana boleh belajar cara-cara menyembelih dengan seorang ustaz dari Acheh.

Walaupun kepenatan, namun mereka gembira sekali. Ruginya saya & Abg Man tak ada kat situ. InsyaAllah pasni giliran kedua pula kambing-kambing sebanyak 13 ekor @pun lebih..ramai warga Sarawak nak aqiqah kat Mesir selepas mendengar kami ni beraqiqah di sana & InsyaAllah juga, nanti Hari Raya Haji adalah kami berkorban pula :-D

Hari ni pula makan hol nenek untuk hari yang ke-40. Cepatnya masa berlalu..Teringat kenangan dengan nenek. Adik saya Burhanuddin sempat merakam nenek ketika masih koma.Berlinang air mata saya melihat nenek & terkilan tidak sempat bertemu denganmu nenekku sayang.

Minggu lepas, seorang lagi sepupu saya telah melansungkan pertunangan.Alhamdulillah, moga ia sampai ke jinjang pelamin. Saya pun belum mengenali tunang sepupu saya ini.Tunang Abg Erwan dari Jawa.

2 hari lepas, natijah saya sudah keluar. Namun, seperti yang di jangka akan tetapi saya tidak berduka.Apapun, saya redha & bersyukur.Pasti ada hikmah & rahmat atas apa yang terjadi.

Alhamdulillah, skrg saya sudah bekerja di Yadim ( Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ) cawangan Sarawak sebagai penolong penyelia.InsyaAllah segala apa yang saya pelajari sepanjang berkhidmat di sini, akan saya praktikkan.Kini, saya juga membuat pakaian untuk hari raya bagi yang menempah & setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad, saya mengajar orang mengaji di Masjid Darul Husni.Dekat sahaja dengan rumah saya. Hanya 5 minit berjalan kaki dari rumah saya.Saya juga menjual kristal yang saya beli dari Mesir tempoh hari & saya juga membuat hiasan pintu seumpama langsir menggunakan kristal tersebut.

Sebenarnya, saya saja suka-suka membuatnya. Tidak terlintas lansung untuk menjual akan tetapi, dah kawan-kawan ummi terlihat, saya pun tidak melepaskan peluang :-) Dapat juga saya menambah pendapatan untuk meringankan sikit keluarga.

InsyaAllah, kitab-kitab yang saya bawa, tidak saya lupa untuk membeleknya.Mudah-mudahan kejayaan menjadi milik kita.Amin..

Baiklah, rasanya sudah ketandusan idea, undur diri dulu & selamat memuliakan & memakmurkan Bulan Ramadhan Al-Mubarak.Wassalam..


No comments:

Post a Comment