Wednesday, June 09, 2010

~ Titisan Terakhir ~

Sebuah pasar malam telah dibuka di sebuah bandar . Penduduk menyambutnya dengan gembira & pelbagai macam permainan, gerai makanan & pertunjukan diadakan. Salah satu yang paling istimewa adalah atraksi manusia kuat.

Setiap malam begitu banyak manusia menyaksikan pertunjukan kekuatan otot manusia ini.
Manusia gagah ini mampu melengkungkan otot tangannya hanya dengan tangan telanjang tanpa alas. Tinjunya dapat menghancurkan batu bata tebal hingga hancur terburai.

Ia mengalahkan semua jejaka di bandar itu dalam lumba lari. Namun setiap kali ingin mengakhiri pertunjukkannya dia akan memeras sebiji jeruk dalam genggamannya. Ia memeras jeruk tersebut hingga ke titisan terakhir.

" Hingga ke titisan terakhir " fikirnya. Dia meletakkan fokusnya hanya pada buah tersebut.

Lelaki gagah itu lalu mencabar para penonton " Hadiah yang besar kami sediakan kepada individu yang boleh memerah hingga keluar hanya satu titis sahaja air jeruk dari buah jeruk ini ! "

Seketika kemudian, naiklah seorang lelaki, seorang yang atlits, ke atas pentas. Tangannya menggeletar & dia memerah & terus memerah serta menekan sisa-sisa jeruk tersebut akan tetapi tidak setitis pun air jeruk yang mampu keluar.

Seperti seluruh isi jeruk itu sudah habis diperah & dia gagal. Sejurus selepas itu, lelaki-lelaki gagah yang lain turut mencuba, namun tidak berhasil. Lelaki gagah itu senyum sumbing seraya berkata " Aku berikan satu peluang terakhir, siapa yang mahu mencuba? "

Seorang wanita kurus separuh umur mengangkat tangan & meminta agar ia boleh di beri peluang untuk mencuba nasibnya. Tentu sahaja boleh Mak Cik. Sila naik ke pentas. Walaupun lucu hatinya, lelaki gagah itu memimpin wanita itu naik ke atas pentas.

Beberapa orang menggelakkan & memerli wanita itu. Lelaki gagah yang lainn pun gagal memerah setitis air dari potongan jeruk itu apatah lagi mak cik tua yang kurus itu. Itulah yang bermain-main di fikiran penonton.

Wanita itu lalu mengambil jeruk & menggenggamnya dengan sepenuh kudrat yang ada. Semakin banyak penonton yang mentertawakannya. Lalu wanita itu mencuba memegang sisa jeruk itu dengan penuh konsentrasi & fokus . Ia memegang sebelah hujungnya, mengarahkan hampas jeruk ke arah tengah, demikian terus ia ulangi dengan sisi-sisi jeruk yang lain. Dia terus menekan serta memicit jeruk itu, hingga akhirnya.. & " Ting ". Setitis air jeruk muncul menitik & jatuh di atas meja pentas.

Penonton terdiam terkedu. lalu cemuhan segera bertukar menjadi tepuk tangan yang meriuhkan.

Lelaki gagah itu lalu memeluk wanita kurus itu, lantas berkata " Mak Cik, aku sudah beratus kali melakukan pertunjukan seperti ini & terlampau ramai yang pernah mencubanya agar bisa membawa pulang hadiah wang yang aku tawarkan, namun mereka semua telah gagal. Hanya Mak Cik satu-satunya yang berjaya membawa hasil hadiah wang tersebut.

" Boleh aku tahu bagaimana Mak Cik berjaya melakukannya? "

" Begini " jawab wanita itu. " Aku adalah seorang janda yang ditinggal mati suamiku & aku harus bekerja keras untuk mencari nafkah bagi hidup kelima anakku.

Jika engkau memiliki tanggungan beban seperti itu, engkau akan mengetahui bahawa selalu ada titisan air walau di padang gurun sekalipun. Engkau juga akan mengetahui jalan untuk & mengambil inisiatif untuk menemukan titisan itu. Jika hanya memerah air jeruk dari hampas yang engkau buat, bukanlah hal yang sulit bagiku”.


Selalu ada titisan setelah titisan yg terakhir. Aku telah beratus kali mengalami jalan buntu untuk semua masalah serta keperluan yang keluargaku perlukan.


Namun hingga saat ini aku selalu menerima titisan kehidupan berkat untuk hidup keluargaku. Aku percaya Tuhanku hidup dan aku percaya titisann berkatNya tidak pernah surut, walau mata kasarku melihat semuanya telah kering. Aku punya alasan untuk menerima jalan keluar dari masalahku. Saat aku mencari, aku menerimanya dengan redha kerana ada yang sentiasa mengasihiku.


“ Bila awak memiliki alasan yang cukup kuat, awak akan menemukan jalannya” demikian kata seorang bijaksana.


Seringkali kita tidak kuat melakukan sesuatu kerana tidak memiliki alasan yang cukup kuat untuk menerima hal tersebut serta tidak memperolehi kekuatan.


No comments:

Post a Comment