Saturday, May 29, 2010

~ Pape Jelah ~

Sedar tak sedar dah hari Jumaat kembali bertandang.Hari ni jugak kena menyapu tangga,kena lah sapu sebelum ikhwah balik.Tapi paling tak suka bila najis kucing ni tak habis-habis lagi.Camne nak buat yer?..Jadi try letak serbuk cili.Sayang kan sebab makanan dah la saya suka bab pedas-pedas ni.Nak letak gam kesian pulak Hewi nak keluar syaqah nanti terpijak.eheks!!

Hari ni Abi Ummi pergi Johor bersama Pak Long & Mak Long.Jumpa lagi dengan Uncle & Untie.Tapi Ina & Din tak pergi rupanya.Sedih la tu :-P..Tadi chat dengan adik Ina sambil komen mengomen serta berbalas email .Tajuknya Psiko..

Saya ni tak suka la psiko orang tapi orang suka betul psiko saya.Ingat saya tak tahu ke?Kadangkala orang yang suka psiko orang ni akan budget hebat.Jadi,jangan selalu main psiko ni.Nanti kita termereng pulak namun cita-cita saya masih belum lari untuk menjadi seorang Doktor Psikologi :-)..Tapi saya guna untuk jalan baik yer,buka sembarang mahupun nak salahguna macam sesetengah individu.

Mendengar luahan Cik Adik Ina tentang masalahnya.Kesian lah jugak tapi nak tolong Ina camne yer.& masalah yang kedua tentang seorang individu ini pulak & yang ketiga tentang individu lain pulak.Berapa ramai individu la..:-/

Minda saya malas rasa nak menerjah buat masa sekarang.Main-main terjah aiseh..30hb Mei,bermulalah Imtihan Tahriri bagi madah Al-Qur`an..Mudahan,hafalan quran selama ini masih mampu dipertahankan sampai bila-bila dan saya tanamkan dalam diri,harus,wajib untuk saya menghabiskan walaupun saya sendiri tak tahu bila.Targetnya? Tak berani nak letak..Target yang 1st dulu pun tak kesampaian.Jadi,baik jangan letak target nanti hati saya pulak sedih.

Bermesej dengan Ummi tentang tarikh & jam setibanya saya di KLIA nanti.Nampak,kena tidur KLIA lah malam tersebut jadi tak sampai KIA jugak la jawabnya.Tidur je lah,macam tak biasa kan ;-P Sebab tu flight terakhir di KLIA ke KIA.Tak apalah,boleh la jumpa kawan.Tak pun kata Mok,Mok nak pergi ambil.heE..Mok ni,ada-ada aje dia.Kononnya tak nak menyusahkan Mok.Lagipun kalau duk KLIA aje,bolehlah kawan-kawan saya datang nanti.Rindunya Kat teman seperjuangan.

Nampaknya,otak sudah memberi signal untuk berhenti melakar disini..Sakit kepala sudah melambai..sini pun dah 10.47 pm.Selamat Malam semua..




No comments:

Post a Comment