Tuesday, May 25, 2010

~ Entah Lah ~

Tadi Ummi mesej,tanya dah ambil wang atau belum. :-) Kalau bab fulus ni, saya selalu lewat sikit sebabnya malas nak keluar rumah nak g bayar duit tiket kat Ustaz Nordin.Mungkin esok kot pergi bank,alang-alang nak exam Syafawi Al-Quran esok kan.

Ish..baca pun tak lagi.Kenapa la kepala ni sakit sangat sekarang ni.Makin menjadi-jadi nampaknya.Nak kata trak tidur,saya dah qadha tidur ni.Kepala oh kepala..

Semalam,saya gembira dalam geram..sebab dapat mesej daripada seseorang yang telah menjadi kenangan saya.Sedih sangat-sangat tp geram jugak.Insan ini jugak lah yang telah membuat saya mengerti untuk mempelajari perasaan dendam.Walaupun saya tau,itu sifat yang sangat buruk.

Sejujurnya,sebelum ini,sepanjang hidup saya,saya tak pernah membiarkan perasaan dendam hatta benci terbit dari hati ini.Namun,segalanya berubah,rupanya dia telah berjaya menghidupkan perasaan itu dalam hati saya.Seperti juga insan lain,mempunyai pelbagai sifat seperti marah,dengki,kasar etc..saya juga begitu dahulu.Semuanya saya ubah melalui sifat sabar yang dengan teguran & nasihat Abi Ummi serta saya belajar dari situasi sekeliling saya.Alhamdulillah,saya sekarang mampu mengawalnya tapi lain pula ceritanya sekarang.

Andai tahu betapa sakitnya hati ini,sangat sakit.Pedihnya teramat.Penat,hati ini cukup penat..Saya pernah menceritakan kisah saya pada kawan saya iaitu Mok.Ternyata Mok cukup memahami lantaran cerita kami pun lebih kurang cuma jalan sahaja berbeza.Penat yang susah untuk dizahirkan.Siang malam,doa,solat,usaha..tapi ternyata Allah masih sayang.

Kadang-kadang saya benci pada diri sendiri sebab masih mengingati memori lalu sedangkan saya berusaha separuh mati & akhirnya saya berjaya menghilangkan separuh dari kedukaan itu dengan pelbagai cara.Study,luahan,sokongan,pergi mengisi masa ke program,semua saya lakukan.

Tapi semalam,hati saya sakit,cukup sakit..Bisa lagi dia menipu dengan ayat manis nya.Kalau diikutkan hati,sakitnya Ya Allah..Mujur hari ini,hati ini suda lega.Cukup tenang walaupun kadangkala terimbau kembali.Saya redha dengan perkahwinannya namun saya tak redha dengan perbuatannya.Itu yang membuatkan saya cukup sakit hati.

Mudah-mudahan,Allah jangan temukan kami kembali walaupun selisih bahu.Saya tak mahu.Bukan benci tapi saya takut dendam yang hampir saya kuburkan ini berbangkit satu hari nanti malah saya tak mahu hati ini terluka walaupun dengan melihat wajahnya.Hilang sudah hormat padanya hanya dengan perbuatannya & saya sama sekali takkan pernah lupa hinaan dia dan familynya pada saya & Sarawak.

Esok Syafawi Qur`an,mudah-mudahan saya bisa melakukannya.Ya Allah, bantulah hambamu ini.Amin Ya Rabbal `Alamin..

No comments:

Post a Comment