Tuesday, April 06, 2010

Yaumun Naseem

Salam..

Lamanya saya x update blog yg dah lama terbengkalai ni.maklum lah sibuk dengan pelbagai program d RKB( Kelantan Student Hostel ) & juga Asrama Kenyalang ( Sarawak Student Hostel )..Merasa & bermulalah kehidupan saya berulang alik antara Haiyyu Sabiek & Haiyyu `Asyir atas tugasan tertentu.

Disamping itu komitmen pada pelajaran x juga saya lupakan wpun agak kesuntukan masa hingga saya terpaksa mencuri masa d malam hari.Untuk semester kedua ni saya bg Kuliah Usuluddin mempunyai 10 madah & seandainya d campurkan dengan semester pertama sebanyak 6 madah menjadikan jumlah kesemuanya 16 madah untuk tahun ini.

Benar & x di nafikan jika ada mengatakan jangan mudah mengatakan susah untuk pelajaran.Tp bg saya kemampuan tersendiri pada setiap individu.Tipu,seandainya saya tidak cemburu pada kawan2 yg hebat d dalam pelajaran apatah lagi kehidupan mereka.

Sejak 2 bulan kebelakangan ini,kesihatan selalunya ridak mengizinkan.Brgkali Kafarah daripada Allah atas segala kesilapan yg telah saya lakukan.Astraghfirullah..Demam+ Jildiah+Flu+Headache+ Cough datang bertimpa silih berganti.

Teringat dulu ketika saya mula2 mengambil tahfiz,disitulah saya d uji dengan pelbagai kesakitan & tohmahan.Namun iman x sekuat d sangka,saya mengalah d pertengahan jalan.Oleh itu,saya x kan ulangi kesilapan lalu.

Lama x balik H7,rindu pada jiran sebelah saya..Mimi..:-)..rupanya dia pun sunyi tanpa kehadiran saya tp maafkan Kak Nur ye Mimi..Jauh bukan bermakna lupa tp lantaran tugasan yang perlu akak pikul..Mimi,jiran saya yang happy go lucky.pengisi kekosongan saya.

Ini kerana jarang pelajar akhawat nak duk d Kaherah.Kebanyakkan apply d Alexandria & Mansurah,Kebetulan tahun ni yg dapat Kaherah cuma 3 org mewakili setiap kuliah..Siti Fadhilah ( Syariah Islamiyyah), Nur Najwa Nabilah ( Lughah ) & saya sendiri Nurjannah ( Usuluddin )

Semalam adalah Yaumun Naseem & Hari Kristian.Yaumun Naseem ni adalah hari Orang Yahudi melepaskan segala ilmu & benda2 mereka d tempat yang ramai orang untuk menguji ilmu.Takut saya d buatnya.Seandainya mudah lemah semangat,para sahabat usahlah ke Hadiqah,Hussein,`Atabah dan seumpamanya..Seeloknya duk d rumah sahaja..

D coretan bisu ini,saya merindukan Abi Ummi d Sarawak.Semalam ber"webcam" dengan mereka,gugur air mata ini tatkala menatap wajah mereka melalui skrin pc apatah lagi bila melihat Abi pun mengalir air mata.Menatap wajah adik-adik tersayang, Ina & Din..Bilakah bisa kita ketemu lagi family ku? Ya Rabb, Hanya padamu penentu segalanya.

Ummi tanya saya,nak x buat baju kurung untuk raya tahun ni. Ya Allah,betapa ummi x sabar menanti kepulanganku..Serba salah Nur nak balik ummi..Semuanya kerana kasih sayang Nur pada Abi Ummi.Wpun saya tau,mak ayah mana x sanggup berkorban untuk anak2..Itulah namanya "Kasih Sayang"..yg hanya apabila orang yg merasai & melihat nya menggunakan mata hati sahaja mampu melihatnya & merasai kewujudannya.

Jam dah 1.08 am..mata ini belum mengantuk tapi mendengar lalakan anjing d depan RKB saban hari..Mimi pun dah tidur.Esok bg kuliah Usuluddin x ada kuliah..boleh lah muraja`ah kitab lagipun exam dah dekat..Undur diri dulu..

No comments:

Post a Comment