Wednesday, June 03, 2009

.:: Madah Berhikmah ::.

: Orang-orang ang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibaca ayat-ayat Allah bertambahlah keimanan mereka dan kepada Allahlah mereka bertawakal".


"Orang-orang yang berakal itu ialah mereka yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan baring dan mereka berfikir pada kejadian langit dan bumi seraya berkata: Wahai Tuhan kami tidaklah Engkau menjadikan perkara ini sia-sia sahaja, Maha Suci Engkau wahai Allah, maka jauhkanlah kami dari azab neraka".

Bila engkau memandang segalanya dari TuhanMu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu, kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahukan, kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya."


"Bila Allah cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu, Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, Bila DIA tidak makbulkan doamu, Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu..."
aD dIn tAjUdDIn: "Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan, Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan, Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Bekunya Air Mata Dari Kerasnya Hati...
Kerasnya Hati Dari Banyaknya Dosa...
Banyaknya Dosa Dari Lupanya Mati...
Lupanya Mati Kerana Terlalu

Renungan:
"Kalaulah Solat Itu Diibaratkan Benda Yang Berjasad, Manusia Yang Memerhatikannya Akan Mengalirkan Air Mata Tanpa Disedari"

"Hidup Memerlukan pengorbanan
Pengorbanan Memerlukan Perjuangan
Perjuangan Memerlukan Keyakinan
Keyakinan Menentu Kejayaan
Kejayaan Membawa Kebahagiaan"

No comments:

Post a Comment