Thursday, April 02, 2009

.:: Kenanganku Terhadap Kamu ::.

Kepala dah start pening balik.Apa nak jadi la dengan kepala saya ni. Hari ni sedih la sikit sbb rakan saya Miss Tatsanee Manwong Tanongsak @pun nama famousnya Qumary dari Bangkok Thailand dah balik semula ke negara nya..Satu lagi sy teringat kat rakan sy Safiah dari Terengganu.

Sedih & terharu rasa bila dapat mesej terakhir daripada Ery..

SALAM KAK KU SYG, ADIK DALAM PERJALANAN NAK G GOLOK DAH NI..KAK NUR JAGA DIRI BAIK2 TAU?? ADIK SLLU DOAKAN PELAJARAN & DIRI AKAK JUGAK. HEHE ADIK SENTIASA RINDU & SAYANG AKAK YANG MONTEL2 TU.HU6..SYG AKAK .KRM SLM KAT FMLY YER.WSLM..

Rindu sangat pada mereka. Kami walaupun kenal baru jer setahun tp alhamdulillah rapat.Semuanya daripada Allah. Macam-macam rintangan kami tempuhi malah saya sendiri tidak menyangka akan rapat & masih berhubung sehingga kini.

Banyak kenangan.Duk umah sewa & asrama bersama-sama.Apa lagi time sekolah pasti ada peel nakalnya.heE..nak sorok barang haram.ha..jgn negative thinking tau.Tiap pagi gerenti panjat atap.Macam kera ada jugak. Sampai pernah pecah lantai kayu umah bila dengar dari informer kami yang warden nak wat spotcheck.haA..

Keluar curi-curi.Buat-buat sakit.Aiseh..yelah,nama nya manusia .Ada yang nakal.Kami ni kategori tu la.Kadang-kadang tau dah nak masuk waktu persekolahan.Time tu jugak baru nak mandi.Kebetulan la pulak,Cikgu disiplin datang mimpi kot hari tu. Kot-kot ada durian nak gugur. Dia g check kat umah sewa kami.

Fikir boleh lepas la dengan wat kelentong macam-macam.Kononya la. Tapi x leh lepas gak hari tu. Camne la plan A & B leh kondem lak hari tu?? Cikgu disiplin dah g kelas awal2 pagi lagi nak tengok kami. Patutlah x leh kantoii..

So,pe lagi,terimalah habuan mu seadanya.heE..dah besar-besar pun kena rembat lagi.Tapi,tu kenangan kami. Rotan 2x seorang adalah hukuman pertama & last kami d MADA..sedih sbb x sempat jumpa ery & piah.sempat pun jumpa masyi & lain-lain.bila lah kira dpt bersua kembali agaknya??

Dulu,sama-sama pergi sekolah.Saling tunggu menunggu antara satu sama lain.Sentiasa bersama-sama.Nakal pun sama-sama.Semua tu akan jadi kenangan terindah.Apa yang pernah berlaku dalam kehidupan kita sebagai seorang insan d Bumi Allah ni.masing-masing kita akan bawa haluan masing-masing & hanya kita yang mampu mengendalikan perahu kita.Mudah-mudahan kita semua akan berjaya.Amin..

~ Wat adik Ery & Piah.Miz Both Of You so much.Mengenali kalian adalah kenangan terindah dalam hidupku & aku bersyukur sangat-sangat kerana Allah telah mempertemukan kita walaupun dalam masa yang singkat namun ku dpt merasakan ikatan ukhwah yang sangat erat di hati ini.Semoga Allah pertemukan kita satu hari nanti pada pertemuan yang lebih baik daripada hari ini.Amin Ya Rabbal `Alamin ~






No comments:

Post a Comment