Monday, March 16, 2009

.:: Upin Ipin..SyiOk ::.

Geng: Pengembaraan Bermula kutip hampir RM6j



KUALA LUMPUR: Kutipan jualan tiket filem animasi tiga dimensi (3D) pertama buatan Malaysia iaitu Geng: Pengembaraan Bermula kini mencecah RM5.94 juta sehingga petang ini.

Filem animasi keluaran Les Copaque Production terbabit masih ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuklah sempena musim cuti persekolahan kini bermula.

Geng: Pengembaraan Bermula yang berkisar daripada animasi siri TV, Upin & Ipin itu terus mendapat sambutannya dengan purata sehari kutipannya sekitar RM100,000.

No comments:

Post a Comment