Monday, March 02, 2009

.:: Keluarga Impianku ::.



.:: ~ Allhummar Zuqni Zaujan Solihan Mutadayyinan Muta`alliman, Hafizan , Mujahidan Yu `Einuny Fi Dini Wadun Yaya Wa Akhiroti Kai Rasulullah S.A.W ~ Amin Ya Robbal `Alamin . Ma`al Lutfi Wal `Afiah ::.

Salam Muhibbah..

Teman sekalian,pasti semua diantara kita pasti mengimpikan suami yang soleh. Begitu juga saya.
Pasti kita mengimpikan untuk hidup bersama insan yang kita cintai. Itulah doa yang selalu saya baca di mana jua.Saya impikan suami yang soleh walaupun saya tahu, diri saya x layak untuk memiliknya.


Saya pernah impikan untuk hidup bersama insan yang saya cintai walaupun hampir 9 tahun usia perkenalan kami & saya x pernah berhenti berdoa walaupun kerap diuji dengan pelbagai dugaan dari Ilahi.

Sampai kadang-kadang, saya merasakan sudah tidak mampu namun hati saya tidak pernah lemah.Kerana doa membuat saya terus mampu bergerak walaupun perlu bertatih kembali.Saya sedar saya x layak untuk mendapatkan suami yang soleh namun, saya memikirkan diri saya yang serba kekurangan.Memerlukan seorang insan untuk menjadi pemimpin diri saya satu masa nanti.

Saya juga ingin disayangi malah dicintai.Sukar untuk diri ini menukarkan perasaan sayang kepada benci apatah lagi membuangnya.Ini kerana mengenali nya adalah satu kenangan yang terindah bagi diri saya.Malah ia unik sakali.heE..Saya bersyukur kerana Allah pernah menghadirkan ia kedalam hidup saya. Teramat syukur walaupun jalinan ini sering diuji dengan pelbagai ujian.

Saya juga mahukan suami yang soleh kerana saya mahu dia lah yang bakal membimbing saya menuju cinta Ilahi. Andai kata iman saya terkoyak, maka dialah yang akan menampalnya.Andai saya kekurangan, dia boleh merima saya seadanya. Menegur kelemahan saya. Menambahkan ilmu saya. Memperindahkan akhlaq saya.

Untuk memperolehi suami seperti junjungan mulia kita.Memang saya x layak tapi bagi saya, tidak salah untuk kita berdoa. Kuasa ditangan Allah bukan?

.:: Ya Allah, Aku Memohon Kasih SayangMu. Aku Memohon Kasih Sayang Orang Yang MenyayangiMu & Aku Memohon Kecenderungan Mengerjakan Perbuatan Yang Mendekatkan Aku Kepada Kasih SayangMu. Ya Allah, Pandanglah Aku Dengan Pandangan Kasih SayangMu & Berkatilah Aku Serta Permudahkanlah Urusanku. Amin Ya Robbal `Alamin ::.

No comments:

Post a Comment