Thursday, March 05, 2009

.:: Keje Kosong Lagi.heE ::.

Agensi JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK Nombor Iklan J16B2009 Tarikh Iklan 01-03-2009 Tarikh Tutup 22-03-2009 Jawatan PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM Taraf Jawatan TETAP Kekosongan 5 Taraf Jawatan Kekosongan Jabatan Stesen Kekosongan JABATAN AGAMA ISLAM (JAIS) KUCHING 1 JABATAN AGAMA ISLAM (JAIS) SIBU 1 JABATAN AGAMA ISLAM (JAIS) SARIKEI 1 JABATAN AGAMA ISLAM (JAIS) MIRI 1 JABATAN AGAMA ISLAM (JAIS) LIMBANG 1 Kumpulan Perkhidmatan SOKONGAN Klasifikasi Perkhidmatan PERKHIDMATAN SOSIAL Tempoh Percubaan 1-3 TAHUN Gred Gaji S27 Jadual Gaji P1T1 RM 1204.55 - P1T26 RM3027.10 Syarat-syarat Lantikan (a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab; atau

(ii) Syahadah Institut Tahfiz dan Latihan al-Quran daripada Maahad Tahfiz Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(Gaji permulaan ialah pada Gred S27:P1T5);

(iii) Diploma dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S27 : P1T5)

(b) Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Gred S27 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a)(i) Mempunyai kelayakan di perenggan di atas atau
(ii) Lulus Peperiksaan Khas dan
((b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, S27 adalah tertakluk di bawah Skim Perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa Catatan Tarikh jawatan kosong ini diiklankan pada media massa RTM Borneo Post 05-03-2009 Utusan Sarawak 01-03-2009 New Straits Times Pejabat Residen Pihakberkuasa Tempatan [Photo]

No comments:

Post a Comment