Sunday, March 29, 2009

.:: Kampus Limkokwing di Kuching ::.

UNIVERSITI Teknologi Kreatif Limkokwing meluaskan empayarnya dengan pembukaan Kampus baru di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

Presidennya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Lim Kok Wing, berkata pihaknya akan berusaha melahirkan kumpulan pelajar yang berbakat dan berdaya saing.


Menurutnya, ini bukan saja untuk pelajar itu sendiri tetapi untuk memenuhi keperluan industri serta menyumbang dalam pembangunan negeri Sarawak dan juga negara.

"Dengan teknologi sedia ada, ia akan memberi faedah daripada ribuan pemikiran orang muda dengan reka bentuk dan konsep kreatif yang akan membantu menjana produk baru lebih inovatif.

"Kita juga akan sama-sama membantu dalam transformasi sosial dan ekonomi negeri ini terutama dalam pembangunan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score)," katanya.

Kampus Kuching yang dirasmikan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud itu mempunyai lebih daripada 500 pelajar dari 10 negara dan mempunyai 25,000 pelajar di seluruh dunia dari 145 negara di 12 kampus di tujuh negara, termasuk 9,000 dari 135 negara di Kuala Lumpur.

Berasaskan kepada konsep 'bilik kelas global', Limkokwing juga kini merancang untuk mempunyai kampus di Timur Tengah, Afrika dan Eropah timur dalam tempoh lima tahun akan datang.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan isteri yang juga Pengerusi Majlis Pentadbiran Universiti Limkokwing, Senator Puan Sri Empiang Jabu.

P/S :- Nak BanGgAkaN nEgErI sEndiRi..heE

No comments:

Post a Comment