Monday, March 02, 2009

.;; Bubur Nasi Kasih Sayang ::.



Menziarahi orang sakit adalah salah satu amalan baik yang digalakkan oleh Islam. Hal ini bukan sahaja akan mengeratkan hubungan persaudaraan ataupun ikatan kasih-sayang taetapi juga merupakan satu kaedah merawat penyakit secara psikologi kerana dengan kunjungan tersebut diharapkan akan mendatangkan perasaan gembira kepada pesakit dan memberi harapan kepadanya untuk segera sembuh dari sakitnya itu. Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, kita hendaklah berkata atau bersikap lemah lembut kepada pesakit dan mengucapkan perkataan yang baik kepadanya seperti mendoakan kesihatannya dan sebagainya. Jangan sekali-kali membicarakan sesuatu yang menambahkan kesedihannya apalagi memutuskan harapannya untuk sembuh.


Doa semasa menziarahi oarng sakit :
Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)

Bubur nasi ni sesuai dihidangkan kepada orang-orang yang demam dan tidak sihat..moga-moga resepi ini dapat merapatkan ukhwah sesama muslim..

Bahan-Bahan
  • 1 1/2 cup beras
  • sebatang lobak merah
  • sawi (dlm 2 pokok cukup la)
  • 1 kiub pati ayam ( boleh substitute dgn chicken stock)
  • 10 ekor udang bersaiz sederhana
  • 1 liter air..(air ditambah shgga nasi betul2 kembang)
  • garam secukup rasa
  • ikan bilis goreng
  • daun bawang

Cara-cara

  1. lobak merah di potong dadu.. sawi dipotong halus
  2. udang perlu dibuang kulit dan dipotong dua kalau udang tu besar
  3. basuh beras dan masak seperti masak nasi tapi lebihkan air. air kena lebih supaya bubur betul2 kembang..
  4. bila beras dh lembut (hampir masak), masukkn kiub pati ayam, udang,lobak merah dan sedikit garam
  5. tunggu sehingga bubur betul2 kembang baru masukkan sawi.. tambah garam secukup rasa.. tambah air kalau bubur jadi terlalu kering.. bila bubur dh betul2 kembang bolehla makan.. :)
  6. nak lagi sedap.. makan bubur bersama ikan bilis yang digoreng dengan bawang merah..dan ditabur daun bawang

No comments:

Post a Comment