Saturday, February 21, 2009

.:: Kem Bestari Pelajar ::.

Salam sejahtera..hari ni ada kem bestari untuk semua pelajar. Ya Allah, penat nya..sampai tertidur saya.Kawan di sebelah pun dah kuyu mata.heE..Pening kepala ada jugak.Mana x nya, ada pelajar yang merengek,menangis nak jumpa mak ayah, nak balik , nak makan..

Macam2 lagi..Ada yang tunggu nak makan dengan saya.Sanggup kejar saya sampai ke kantin.Mujur kawan setugas tolong cover.Tapi lain jadinya dengan pelajar lain pulak.Aiseh..

Saya pula & Ustz. Fini kena mengajar budak2 mengambil wudhu` & bersolat.Pelbagai peel dapat dilihat.eHekss..Dalam hati,,duhai hati bersabarlah engkau.Dugaan..Time rehat pulak, Ustz Fizah wat lawak asyik nak mengenakan saya aje..bukan selalu nak gurau senda dengan saya ni..heE..

Tapi, x sangka pulak sy..Ketika semua pelajar sudah mula menunaikan solat zohor.Saya terlanggar seorang ustz ni..Namanya Ustz Azziyah..Ni gara2 Ustz Fini lah.Hepy sangat bercerita..haA..Tapi,kalau x terlanggar, maka x kenal.Betul x??


Rupanya Ustz Aziyah ni senior saya semasa sy menuntut di Maahad Muhammadi (P) Pasir Pekan Kelantan..patutlah macam pernah jumpa.Apa lagi,,banyak lah celoteh kami tentang kenangan di sekolah lama.Tentang rakan-rakan seperjuangan & alhamdulillah,mudirah saya masih mengingati saya.

Ini kerana Ustz Azziyah sering berhubung dengan mudirah.Apatah lagi,mudirah mengetahui dia mengajar di Bumi Kenyalang ini.Jauh bukan bererti melupakan..Jauh juga bukan penghalang sebuah ukhwah.Kerana ukhwah itu manis & suci..

Di tempat sy mengajar juga banyak tenaga pengajar dari semenanjung terutama dari Negeri Cik Siti Wan Kembang.Pahtu, ambo kecek klate la..aHakss.Mula,group ada 3 orang aje..Telinga lain mendengar jadi lebih 10 orang lagi.Pakat-pakat dengar la ni..tp,seronok pulak.

Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah.Kerana Engkau yang mengatur pertemuan ini dengan indah sekali..Bagi saya,sy x kesah akan jarak.Malah sy juga mempunyai sahabat yang mulia seperti Zy & Seha..


Walaupun jauh,pernah terpisah lama.Namun akhirnya Allah mempertemukan kami kembali walaupun pertemuan itu mengambil masa bertahun lama.Tp kasih sayang makin utuh serta berkekalan.Mudah2han ukhwah ini terus diberkati Ilahi.Amin

Saya juga pernah terpisah lama dengan insan lain selama 9 tahun & semuanya adalah dugaan serta kenangan terindah.Malah syukur dipanjatkan pada Allah atas pertemuan ini..Mudah2han Allah mempermudahkan segalanya.

Buat sahabat & rakan seperjuangan, ku doakan semoga jalinan ukhwah ini terus utuh malah erat serta abadikan kenangan kita bersama.

P/S:- Pasni x leh nakal2 macam dulu dah la..heE..

No comments:

Post a Comment