Tuesday, February 10, 2009

.:: Puteri Amira sedia pandu kereta di Arab Saudi ::.




RIYADH - Puteri Amira (gambar) iaitu isteri salah seorang putera diraja Arab Saudi yang merupakan antara lelaki terkaya dunia, Putera Alwalled bin Talal menyatakan kesediaannya untuk memandu kereta di negara berkenaan.

Bagaimanapun, dia hanya akan melakukannya sejurus wanita dibenarkan memandu kenderaan di Arab Saudi.

Puteri Amira memberitau akhbar Al-Watan, dia kerap memandu kereta ketika berada di luar negara.

"Pastinya saya bersedia untuk memandu kereta," katanya yang berkahwin dengan lelaki ke-13 terkaya dunia berdasarkan perangkaan majalah Forbes.

"Saya mempunyai lesen memandu antarabangsa dan saya memandu kereta di semua negara yang saya kunjungi," tambahnya.

Suaminya itu ialah anak saudara kepada pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah.

Arab Saudi merupakan satu-satunya negara di dunia yang mengharamkan wanita memandu kereta. - AP

No comments:

Post a Comment