Wednesday, February 25, 2009

.:: Pape Jer Lah ::.

Erm..hari ni saya tetiba rasa sedih lagi..X habis2 nak sedih ni. Ape hal lah..Teringat kat student2 saya. Student sy ni banyak nya adalah anak-anak yatim piatu. Jadi, majoriti nya duk kat PERYATIM. Fuh,loaded betul kalau duk sana. Macam anak orang kaya. Walaupun parents x ada tp kehidupan memang cukup mewah.

Sedih-sedih gembira katakan.Yelah, umur masih kecil jadi x lah terasa sangat kesedihan kan. Saya suka meluangkan walaupun sedikit masa bersama pelajar saya. Kerana, mereka walaupun ketika pembelajaran memang lah kecoh & gopoh. Gopoh kejar ilmu yer. Dont get me wrong okiess.

Kalau time rehat tu,baru sibuk nak bertanya itu ini. Kalau time belajar lak x habis-habis nak g tandas la. Tu yang x habis-habis nak kena denda tu..heE..Saya yang denda,saya lak yang gelak. Bila melihat telatah mereka tu, x da lah rasa nak marah ke apa.Kalau ngamuk pun jadi macam nyamuk aje..Lalu @ wat x endah je.

Nak bagi takut sikit..keh keh keh. Denda la macam-macam pun. Teringat masa saya sekolah Taska An-Nur sampai lah Sekolah Rendah Agama Bintulu dulu. Kena bantai perabis. Satu geng kena..Nakal punya keje la.

So sekarang, bila saya denda mereka para pelajar saya ni..Saya yang gelak pastu mereka pun gelak sekali.ehekss..x boleh tahan la.Kadang-kadang, saya cerita gak dengan mereka kenangan masa saya ketika masih kecil,apa lagi berkerumun la macam lalat.haA..

Tapi,bagi saya mereka ni semua nya bijak pandai cuma banyak main aje. Ala, budak-budak. Ceh,alasan lapuk betul nih. Nak marah pun, kita semua mempunyai kenangan silam dahulu. So, macam tu lah..

Kesian bila dengar rintihan pelajar saya ni.Muhammad Ridhwan namanya. Orangnya kecil & cute. Mulus aje & bagus akhlaqnya.Pendiam tapi agresif. Bijak. Sebab tu kadang-kadang bila dia tertido dalam kelas, x sampai hati nak bangunkan. Begitu juga kat pelajar lain. Sebab katanya, dia sering kena buli kat asrama PERYATIM.

Seringkali para pelajar saya dari PERYATIM ni bawa makanan untuk saya. Ajak nak makan sekali sambil mendengar luahan & rintihan hati mereka samada dalam pelajaran mahupun kehidupan.

Kadangkala, saya minta izin jugak dari pihak PERYATIM nak bawa mereka jalan-jalan. Best jugak round-round dengan pelajar ni. Ajak bawa datang rumah sambil makan-makan & berbincang tentang pelajaran. Namun, hati saya rasa puas sekali.

Walaupun segelintir dari mereka lambat catch-up. Namun, terdetik di hati saya rasa bangga terhadap mereka lantaran melihat kesungguhan mereka. Saya doakan agar kesemua pelajar saya menjadi orang yang cemerlang, gemilang & terbilang di dunia & di akhirat. Amin Ya Rabbal `Alamin. Ma`al Lutfi Wal `Afiah.

Barulah terasa & faham apa yang penat jadi guru ni. Maklumlah kena ngajar pagi & petang.Turun dalam 7.30 am - 5 am baru sampai rumah.Minggu depan kena berucap depan thobur (perhimpunan)..

Belum apa lagi tapi dah nervous.heE..Ntah skrip apa yang terkeluar dari benak otak ni nanti.huU. 1st time la katakan. Dulu teringat masa kat PLKN. Saya kena baca ikrar masa pagi tu depan semua kompeni & bridget. Depan komandan lak tu.

Belum lagi kena pasang bendera dengan 3 rakan. Mesti sebaris & sekata & seirama.Cewah..Fuh,mujur boleh lepas.Lulus malah dapat gelaran Kompeni Diraja Charlie tau.. X leh fikir la nak cakap apa. Ada idea x? Jangan lupa kongsi yer..ahakss.

No comments:

Post a Comment