Tuesday, February 10, 2009

.:: Bidadari ::.

Sudah lama tidak menulis. Semoga sahabat-sahabat iLuvislam sentiasa sihat dan ceria. Jauhkan perasaan benci, maafkan segala kesalahan orang lain kepada kita. Moga-moga jiwa kita sentiasa tenang. InsyaAllah.

Kini saya peminat nasyid. Dulu saya peminat selain nasyid. Alhamdulillah. Lagu kegemaran saya sentiasa berubah-ubah mengikut mood dan peredaran masa. Acapkali lagu yang menjadi kegemaran (untuk beberapa ketika sahaja), saya mula-mula dengar secara tidak sengaja di radio IKIM.fm.

Baru-baru ini saya terdengar satu lagu baru. Sekali dengar dah sangat-sangat tertarik. Macam ada tarikan magnet yang menyebabkan saya tertunggu-tunggu untuk dengar sekali lagi. Kalau boleh nak je suruh D.J. IKIM.fm mainkan semula lagu tersebut sebab nak tahu sangat apa tajuk lagu tu. Dengar suara memang dah dapat cam. Munif Hijjaz!! Suara dia masyaAllah,saya suka.

Tunggu punya tunggu, entah berapa hari, alhamdulillah dapat dengar sekali lagi. Saya pastikan kali ni saya dapat tahu apa tajuk lagu tersebut. Rupa-rupanya ia adalah lagu solo Munif Ahmad(menurut D.J. yang bertugas ketika itu). Dengan semangatnya saya cuba layari laman web HIJJAZ Records namun pencarian saya gagal. Memandangkan ia lagu baru, saya cuba check di laman web nasyeed.com; sebuah website yang meng-update album-album nasyid terbaru di Malaysia. Namun tiada satu pun album baru. Emm,sedih-sedih. Saya nak dengar selalu!! It's my latest favourite song, I must listen to it frequently!!

Hari ini,selepas pulang dari masjid (solat Isya'; 6.30 petang di UK..hehe..Malaysia pukul 9 kan?), saya cuba cari sekali lagi. Macam-mcam website saya cuba. Alhamdulillah jumpa jugak walaupun kualiti kureng sikit. Saya cuba hayati liriknya supaya boleh ditulis dan dikongsi bersama kawan-kawan di iLuvislam (dalam liriknasyid.com masih belum ada).

sila click button play untuk dengar(anda perlukan flash player utk play. KLIK SINI utk download)

Loading....


Bidadari..Bidadari...
Temanilah resahku

Bidadari..Bidadari..
Tenangkan-lah Jiwaku

Sumpah Setia
Hidup Mati
Selamanya
Kerna Kau Isteriku
Isteriku Tercinta
Pelengkap Rusuk Diriku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah pendampingku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah sang setia

Kerna Cinta
Cinta Suci
Ertinya Tidak Pernah Sepi
Sepi daripada
Cubaan yang tak terduga

chorus
Kau Umpama Bintang Utara
Penunjuk Jalan yang terang
Kau beri harapan
Saat ku jatuh bangun semula

Kau Berikan Sakti Cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita
Cinta Abadi HANYA di Syurga

Ulang
chorus



Tak tau nak dedicate kat sapa lagu ni. Sebab masih belum berpunya. Huhu..Moga-moga Allah kurniakan dan sahabat-sahabat muslimin lain isteri yang bakal membantu kita dalam perjuangan membantu agama Allah s.w.t. Seterusnya menjadi bidadari utama kita di dalam Syurga Firdausi kelak,Amin. & Aku akan usaha untuk menjadi bidadari untuk suamiku..Amin

No comments:

Post a Comment